Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Hati-hati Lelaki Jenis Ini

Thursday, July 21, 2011



Mungkin ramai wanita di luar sana amat berminat untuk mengetahui jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ini.  Memang ada yang baik, tetapi tidak kurang juga ada yang sebaliknya.  Walaubagaimanapun, bukan wanita sahaja yang ingin mengetahui jenis lelaki ini.  Yang lelaki pun turut sama ingin mengetahui spesis lelaki jenis ini.  


Tanda-tanda lelaki jenis ini:

1.  Jenis habis madu sepah dibuang
2.  Jenis bagi betis nak peha
3.  Jenis manis mulut di bibir
4.  Jenis lembut gigi dari lidah
5.  Jenis tikam dari belakang (back stab)



PEREMPUAN CANTIK ADALAH RACUN BAGI LELAKI MANAKALA LELAKI MULUT MANIS AMAT MERBAHAYA BAGI PEREMPUAN. SIAPE SETUJU???

Cinta, sayang, janji sehidup semati adalah ungkapan yang selalu membuatkan manusia hilang pertimbangan. Bahkan, ada yang sanggup mengorbankan maruah diri demi mendapatkan sesuatu yang tidak pasti. Justeru, tip kali ini memberikan panduan kepada wanita agar lebih rasional dalam membuat pilihan keputusan hidup agar selamat dari kehancuran masa depan.

Adakah gadis atau wanita di luar sana pernah mendengar ayat-ayat manis dari mulut seorang lelaki walaupun baru sahaja kenal beberapa hari atau minggu atau sebulan dua yang pertama?  Apa ayat-ayatnya? Jom baca:

“Kenapa awak suka saya?” tanya gadis.

“Entahlah, susah nak cakap sebab semua yang ada pada awak saya suka,” jawab jejaka.

Waaah, manisnya!

"Saya telah berjumpa dengan orang yang benar-benar sesuai dengan saya sekarang dan saya akan menjaga hubungan ini sehingga akhir hayat saya."

"Awaklah wanita/perempuan pertama dan terakhir untuk hidup saya."

"Saya serius dengan awak, saya nak pinang awak sebab saya tidak mahu lagi terkandas dalam percintaan seperti sebelum-sebelum ini."

"Perasaan ini telah diberi oleh Allah dan saya tidak akan melepaskan awak begitu sahaja."

"Awak, saya sayang awak sangat dan awaklah cinta sejati saya."

"Saya akan pastikan hubungan ini tidak akan pernah berakhir walau apapun yang terjadi. Saya janji!"

"Awak cantik di mata saya, saya tidak akan buat awak kecewa, percayalah, saya seorang yang setia, dan tak kan sesekali curang pada awak."

"Saya nak kahwin dengan awak, nak pinang awak, ibubapa saya nak jumpa awak untuk menunjukkan yang saya tak main-main dengan awak.  Saya serius awak."

"Wajah awak buat saya tenang, awak comel, saya rasa tenang dan selesa bila bersama awak." 

"Saya sudah jatuh cinta pandang pertama pada awak sejak kita ....." 

"Secara jujurnya, awaklah paling cantik, paling pandai dan bijak, semua ciri-ciri yang saya nak ada pada awak."

"Marilah kita berkahwin, andai nyawa saya tak sampai untuk hidup bersama awak, apa makna hidup saya lagi."

"Saya memang tak sempurna tapi saya janji saya akan bahagiakan awak...."

"Berilah saya peluang untuk merasai perkahwinan dan hidup bersama awak iaitu orang yang amat saya cintai sebelum Allah mengambil nyawa saya."

"Kita mesti hidup susah dan senang sama-sama.."

Itulah di antara statements yang menjadi kebiasaan di kalangan lelaki jenis ini yang seWAJIBnya semua gadis dan wanita di luar sana berhati-hati dan take note.  Baru kenal beberapa hari, baru putus cinta, baru kecewa, baru mengenali sebagai kawan, sudah meluahkan semua statements di atas untuk menarik pihak wanita atau gadis percaya, menaruh harapan dan mula tertarik atau suka kepada lelaki jenis ini. 

Kebiasaannya ia diluahkan pada peringkat awal perkenalan, tidak kiralah apa sebab dan niatnya, yang penting lelaki jenis ini dapat apa yang mereka nak.  Bak kata pepatah, susah dahulu baru senang kemudian.  Lelaki jenis ini sanggup melakukan apa sahaja untuk menarik hati perempuan itu.

Taktik atau dialog yang biasa dilakukan oleh lelaki jenis ini adalah seperti berikut:


"Lagu ni sesuai untuk kita."

"Video atau lagu ni memang untuk awak dan maksud video/lagu ini telah menjelaskan isi hati saya."

"Buku ni khas buat awak...isi hati saya buat awak, harap awak suka..."

Lelaki jenis ini juga pandai menulis puisi, syair, kata-kata indah dalam sekeping surat atau kad yang comel untuk mengorat si anak dara.  Lelaki jenis ini juga pandai berkata-kata untuk mendapatkan perempuan yang diingininya.  Pada peringkat awal perhubungan, lelaki jenis ini akan mengikuti semua permintaan wanita/gadis tersebut yang penting perempuan tersebut gembira pada masa itu dan percaya lelaki itu benar-benar mencintainya. Sehingga tarikh declare pun penting untuk menunjukkan perhubungan itu serius, tapi tak bermakna hubungan yang tidak ada tarikh declare itu tak serius.  Kerana semua itu tidak menentukan kebahagiaan hubungan seseorang.

Jenis atau kategori perempuan yang selalu menjadi mangsa lelaki jenis ini adalah seperti berikut:

1.  Perempuan yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik.
2.  Perempuan yang bercita-cita tinggi atau mempunyai kareer atau masa depan yang cerah.
3.  Perempuan yang bijak dan ada skill atau kelebihan dalam diri perempuan tersebut.
4.  Perempuan yang cool.
5.  Perempuan yang happy go lucky.
6.  Perempuan yang berasal daripada keluarga yang sederhana atau boleh di katakan dari keluarga agak senang. 
7.  Perempuan yang baik, lembut, comel, dan boleh di buat menantu lah kata orang.
8.  Perempuan yang innocent (bermaksud perempuan yang memang tidak pernah terlibat dan terjerumus dalam lembah kemaksiatan).
9.  Perempuan yang manja.
10. Perempuan yang pandai bergaya atau sebaliknya, tidaklah sepenuhnya mempengaruhi hubungan dengan jenis lelaki ini. 

Mari kita lihat, apa niat sebenarnya lelaki jenis ini melakukan sedemikian di atas, ini mungkin kerana:

1.  Lelaki ini sedar dia telah dianugerahkan oleh Allah dengan rupa paras yang rasa dirinya kacak, yang sedap mata memandang dan perempuan akan mudah terpikat dengan apa yang ada padanya.  Senang kata, bila putus dengan seorang perempuan, adalah sangat mudah baginya untuk mendapatkan pengganti yang baru.

2.  Lelaki jenis ini tidak sanggup berjauhan dengan pasangan.  Maknanya, memang mudah hatinya untuk berubah dari seorang perempuan ke perempuan yang lain.  

3.  Lelaki jenis ini nak test power kot, nak buktikan lelaki ni hebat dalam seni memikat perempuan.

4.  Lelaki jenis ini tidak boleh berjauhan dengan perempuan tersebut, jika jauh, alamatnya hubungan tersebut akan on off on off, macam-macam isu baru berbangkit, isu ungkit-mengungkit dan semua yang manis dahulu jadi tawar, dan satu janji tidak mustahil tidak akan ditunaikan terutama dari segi kewangan, tidak bersungguh kumpul duit nak kahwin, dan episod hina-menghina pasangan dan keluarga bermula, dan pelbagai alasan diberi agar perempuan tersebut dilepaskan dalam hubungan tersebut. 

5.  Lelaki jenis ini suka menyatakan bahawa keluarga lelaki tersebut sangat suka dan berkenan dan sayang pada perempuan tersebut, maka dengan bahagianya perempuan tersebut percaya keluarga lelaki jenis ini telah menerima kehadirannya dalam keluarga tersebut.

Selain itu, lelaki jenis ini juga suka menggunakan dialog di bawah apabila perhubungan menjadi disaster, senang kata mula mencari alasan, jika sayang cinta gila-gila, mengapa lelaki jenis ini tidak menunaikan semua kata-katanya??? 

Dialog yang biasa digunakan oleh lelaki jenis ini ialah:

"Saya sedar saya siapa..."

"Saya tahu saya lemah, saya akan cuba untuk kumpul duit, bagi saya masa."

"Saya dah buat yang terbaik, itu yang termampu."

"Saya redha jika itu yang awak mahu."


Hati-hatilah wahai gadis dan wanita di luar sana.  Jangan terlalu murah memberi apa yang ada, harga diri amat penting bukan untuk nafsu semata.  Bagi mereka yang pernah terlibat dengan lelaki jenis ini,  ANDA telah menjadi mangsa lelaki jenis ini.  Anda bertuah kerana Allah itu MAHA ADIL. Tentu ada hikmah lain di sebalik perkara yang terjadi.

6.  Lelaki jenis ini akan mudah untuk mendapat apa yang diingininya selepas dia menuruti segala permintaan perempuan tersebut.  Sampai tak kisah perkara yang melanggar batasan agama Islam.  Contoh, pegang tangan, kiss sikit-sikit, salam tangan, peluk-peluk, main ringan-ringan dan paling teruk adalah SEX.  Na'uzubillah.

7.  Apapun sebabnya, lelaki jenis ini takkan selamat di dunia dan di akhirat selagi dia tidak insaf dan tidak bersungguh-sungguh memohon maaf kepada perempuan tersebut.

Kesimpulannya, perempuan yang mempunyai didikan agama yang baik, berasal daripada keluarga yang baik hati dan suka membantu mudah menjadi sasaran golongan lelaki jenis ini.  Mereka suka test dulu nak lihat perempuan bagaimana.

Apabila anda bercinta dengan pasangan anda pastikan dia seorang yang mampu menjalankan tanggungjawab secara gentlemen bukan sahaja di hadapan anda tetapi juga di hadapan keluarga anda.

Perasaan sayang dan cinta adalah naluri yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk anda gunakan dengan betul dan sesuai pada masa dan orangnya. Jangan dek kerana perasaan itu anda kecundang sebelum berjuang.

Wanita yang berakal waras dan mempunyai jiwa yang kuat akan sentiasa meletakkan tanggungjawab terhadap agama dan ibu bapa sebagai satu keutamaan. Jika tidak fikirkan untuk kepentingan masa depan. 

Janji yang ditaburkan oleh golongan lelaki yang berselindung di sebalik mulut yang manis perlu diselidiki dengan baik dan memberikan masa untuk anda menilai dengan iman dan takwa bukannya penilaian luaran semata-mata.

Budi baik yang ditunjukkan melalui perbuatan fizikal, pujukan mulut yang bermada serta taburan harta yang melimpah ruah belum pasti dapat menjanjikan kebahagiaan yang diharapkan berkekalan dalam perkahwinan. 

Lelaki yang bertanggungjawab tidak akan melakukan perkara yang dikeji kerana takutkan Tuhan dan sentiasa barhati-hati dalam perbuatan dan perkataan agar tidak membawa perhubungan yang merosakkan. 

Wanita yang bijak tidak akan sama sekali termakan pujuk rayu yang mengasyikkan. Sebaliknya, sentiasa meletakkan kepentingan agama dan adat ketimuran sebagai langkah memulakan kebaikan dalam kehidupan.


Ini adalah kerana, lelaki jenis ini akan mudah dan cepat lupa, dan akan cepat berubah hati pada perempuan lain tidak kira samada lelaki jenis ini pernah menaburkan kata-kata manis dan indah beserta janji untuk berkahwin dan sehidup semati bersama perempuan yang dikatakan dicintainya sebelum ini. Sampai ada yang sanggup berkata "Walaupun saya dengan teman wanita baru ini tiada jodoh, saya tidak akan balik kepada awak!"  Awak dalam ayat tersebut bermaksud ex teman wanita lelaki tersebut walaupun jauh dari sudut lelaki tersebut dia tahu bahawa ex teman wanita itu masih sayang dan cinta kepadanya.  Tetapi urusan jodoh di tangan Allah, bukan di tangan kita.  Dan semua yang berlaku pasti ada hikmah dan Allah itu MAHA ADIL.  

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, Allah telah berfirman, “..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. ” 

Firman Allah lagi di dalam surah Ghafir ayat 55, “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Kedua-dua ayat ini menunjukkan Allah menyuruh semua umat Islam berdoa kepadaNya, seterusnya beriman dengan mematuhi perintahNya. Mereka yang tidak memohon sesuatu daripada Allah dikategorikan sebagai orang yang sombong dan takbur.

Di dalam konteks mencari pasangan hidup, amalan berdoa perlu dimulakan sejak awal. Setelah berniat dengan betul, doa diteruskan secara konsisten sepanjang masa. Mudah-mudahan Allah mempertemukan dengan pasangan hidup yang dapat menjamin kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Kebiasaannya lelaki jenis ini boleh act bersahaja dan tidak mempunyai perasaan apabila perempuan yang pernah dijanjikan hidup untuk berkahwin dan sebagainya datang untuk mendapatkan penjelasan.  Lelaki jenis ini juga tidak segan dan telah mengaku kesalahan yang dilakukan ke atas ex-teman wanita kepada teman wanita barunya untuk menunjukkan bahawa lelaki jenis ini jujur.  Mungkin tujuannya untuk menyakitkan hati ex-teman wanita tapi Allah itu MAHA ADIL. 

Sekarang nak salahkan siapa, lelaki jenis ini atau teman wanita baru lelaki jenis ini?  Apapun topik artikel kali ini ialah, Hati-hati Lelaki Jenis Ini.  Dan teman wanita baru lelaki jenis ini juga adalah seorang perempuan. Biarlah dia bahagia bersama lelaki jenis ini, kita semua tidak ada hak untuk mendoakan tidak baik dan menghina ciptaan Allah.  Even, nak hina kecantikan dan kelebihan yang diberi oleh Allah juga kita tidak layak. Siapa kita?  Biarlah mereka bahagia dan Allah itu MAHA ADIL.

Dan tidak mustahil lelaki jenis ini akan berlagak benci dan sanggup menghina perempuan yang pernah dipuji, disanjungi, dipujuk dan di'sayanginya' sebelum ini.  Sebab lelaki jenis ini kenal hati dan sifat wanita dalam kategori yang telah saya nyatakan di atas yang hatinya sangat lembut dan mudah percaya dan cair pada janji lelaki.  Takpe, Allah itu MAHA ADIL. 

Semua yang dinyatakan tidak ada kaitan antara yang hidup atau yang mati, semuanya mungkin kejadian dan kebetulan semata-mata.  Kerana ia adalah berdasarkan kisah benar dan pengalaman hidup seorang yang bergelar wanita atau gadis yang telah ditakdirkan mengenali dan seterusnya jatuh cinta dan setia kepada lelaki jenis ini.  Mungkin satu jenis kajian ke atas lelaki jenis ini amat penting untuk dijalankan agar bilangan lelaki jenis ini tidak berleluasa dalam masyarakat kita terutamanya yang beragama Islam.

Perempuan yang benar-benar setia sanggup untuk menerima maaf lelaki tersebut semula sekiranya lelaki jenis ini benar-benar insaf dan berubah untuk tidak mempermainkan hati perempuan pada masa hadapan.  

Sebagaimana firmannya dalam surat Al-Baqarah: 222

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
 Tepatlah kiranya firman Allah SWT dalam surat Ali Imran ayat: 133

"Bersegeralah mohon ampun dari Allah dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."
Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni. Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
Kita sebagai wanita bukan nak kata kita semua baik dan sempurna, tetapi apabila melibatkan perasaan dan maruah diri, kita mesti berhati-hati dengan golongan lelaki jenis ini dalam hidup kita.  Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu dari diri kita sendiri.  Dan kita sebagai manusia mesti memaafkan sesiapa sahaja yang telah melakukan sesuatu yang kurang enak ke atas diri kita dan kita juga mestilah sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT, agar sentiasa dilindungiNYA di dunia dan di akhirat, insyaallah.

Wallahua'lam.

ZarirahZam







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top