Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Dia Cinta Sejatimu Jika

Monday, July 18, 2011



Anda sudah bosan berakhir pada cinta yang salah. Selalu mengharap cinta sejati, yang ada hanya cinta sehari. Sebelum memutuskan atau menerima cinta seseorang, perhatikan tanda-tandanya, apakah dia memang soulmate anda? Mesti baca semua baru kita faham dan mungkin dapat mengenal pasti dia adalah cinta sejati anda. Ini dia tandanya.


1. Dia Sahabat Terbaik Anda

Saat sedang mengalami kesulitan, yang pertama kali terlintas di kepala anda adalah dirinya. Ia pandai menenangkan hati anda. Begitupun ketika bahagia, anda tahu pada siapa kebahagiaan itu patut diberi. Ia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa pun. Tak ada orang yang lebih baik merasa perasaan ini selain daripada pasangan anda. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut hidup.

2. Banyak Persamaan

Hasil penelitian mengungkapkan, pernikahan yang paling stabil adalah pernikahan yang melibatkan dua orang dengan banyak kesamaan. Tidak terlalu penting jenis kesamaannya apa, tapi semua itu merupakan modal untuk merapatkan lagi hubungan percintaan. Rahsia pasangan sejati adalah, anda berdua selalu bisa menikmati bersama semua aspek kehidupan. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda dan pasangan anda bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

3. Anda adalah Segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang itu telah menganggap anda amat penting dalam hidupnya.” (Harry Stack Sullivan). Dari bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas, dia memperlakukan anda sebagai orang amat penting dalam hidupnya, bahkan seringkali dia mementingkan kehadiran anda dalam hidupnya. Bila dia telah menganggap anda penting dan sebahagian dalam hidup anda, mungkin dia adalah orang yang anda cari. Kerana cinta abadi melibatkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan.

4. Cinta tidak memerlukan syarat

Cuba ingat semula, apakah dia pernah merungut apabila anda memakai baju yang tak sesuai dan mesti mengikut seleranya? Atau anda pernah dimarahi, ketika anda memotong rambut tanpa pengetahuannya? Jika ya, sebaiknya fikirkanlah semula untuk menjadikan dia sebagai kekasih. Padahal, cinta sejati adalah cinta yang tak bersyarat, mampu menerima pasangan apa adanya.  Tidak perlu berubah semata-mata untuk menjadi orang lain.  Kita terima 200% dirinya seadanya.  Memang susah tetapi semua perkara itu akan datang dengan sendirinya jika kita telah berjumpa dengan cinta sejati kita, itulah kuasa Allah.

5. Pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tak sedetik pun perhatiannya bosan dan mahu beralih. Dia akan sentiasa menjadi pendengar yang baik, bisa mendengarkan anda bicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, duduk dan berada disamping anda berjam-jam, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan. Sehingga anda tak perlu mengulang kalimat yang sama berulang kali.

6. Dia sangat 'punctual'

Untuk urusan apa pun, dia selalu berusaha untuk menepati waktu. Janji untuk bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam sebelumnya. Baginya, lebih baik dia datang awal, daripada membiarkan anda menunggu.

7. Sehati sejiwa

Tanpa sebarang ucapan, kalian bisa saling tahu dan boleh faham isi hati masing-masing seperti anda dan pasangan bisa saling membaca fikiran dan menduga reaksi, serta perasaan pasangan pada situasi dan keadaan tertentu. Bila anda sudah merasakan hal tersebut terhadapnya, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda. 



Selain itu, tanda-tanda di bawah juga mungkin menunjukkan dia adalah cinta sejati anda: 
  1. Kamu merasa bahagia dan tenang dengan hubungan yang terjalin di antara kamu. Kamu begitu mempercayai bahawa dia tidak akan menyakiti kamu. Ya, tidak terlintas dalam fikiran kamu bahawa dia akan curang kepada kamu kerana dia adalah segalanya dan amat penting kepada kamu setelah kamu dan pasangan kamu telah berjanji setia untuk menjaga hubungan cinta yang terjalin selama-lamanya.  Jadi, tidak perlu ada yang namanya cemburu bahawa pasangan kamu bakal curang di belakang kamu.   
  2. Kamu berdua “berjaya” menjalani hari-hari seperti biasa, samada hari yang buruk mahupun hari di mana kamu mendapatkan kebahagiaan. Apapun situasi yang dihadapi, perasaan susah dan senang sama-sama senantiasa ada di antara kamu.  Bak kata pepatah, yang manis jangan mudah ditelan, dan yang busuk atau masam jangan mudah dibuang.
  3. Dalam cinta sejati tidak ada yang namanya drama, kepuraan-puraan ataupun sandiwara. Sebagai contoh, kamu tidak perlu berpura-pura marah hanya untuk menguji kesabaran pasangan kamu, atau tidak harus mengikut cara “Playboy Cap Kabel” hanya untuk menguji kesetiaan pasangan kamu.
  4. Tidak ada kekerasaan dalam sebuah hubungan cinta, sedikitpun!
  5. Perbezaan yang ada, jarak yang jauh dalam percintaan tidak akan sesekali menjadi jurang pemisah malah hubungan kamu  berdua akan lebih mengerti tentang erti “hormat menghormati”.
  6. Seks atau tanpa Seks, bukanlah sebuah masalah. Bila pasangan kamu hanya memikirkan tentang seks semata maka lebih baik lupakan bahawa dia adalah cinta sejati kamu.
  7. Dalam cinta sejati tidak ada yang namanya “pengorbanan” yang ada hanya komitmen.
  8. Kamu berdua saling menyokong untuk mencapai cita-cita masing-masing.
  9. Tidak ada tekanan, keberatan ataupun isu-isu lain yang akan mengganggu hubungan kamu, entah itu dari teman-teman kamu, sahabat, dan yang terpenting dari pihak keluarga. Mereka “merestui” dengan hubungan yang terjadi diantara kamu.

Tanda-Tanda Cinta Sejati yang seterusnya seperti di bawah:


1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah bisa memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,di matanya kamu selalu yang tercantik/tertampan walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu merasa kegemukan.


3. Orang yang mencintai kamu selau ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, ia ingin tahu kegiatan kamu.


4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "selamat pagi”, "selamat hari minggu", "selamat malam" walaupun kamu tidak membalas pesannya.


5. Kalau kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menghubungi kamu untuk mengucapkan selamat atau mengirim sms.


6. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah lupa setiap detail, kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga untuknya.


7. Orang yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.


8. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu, bahkan mungkin meminjam CD/kaset kamu, kerana ia ingin tahu kesukaanmu, kesukaanmu kesukaannya juga.


9. Kalau terakhir kali ketemu, kamu sedang sakit flu, terkilir, atau sakit gigi, beberapa hari kemudian ia akan mengirim sms atau menelefonmu dan menanyakan keadaanmu.. kerana ia amat risaukan kamu.


10. Jika kamu akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu dan saat harinya tiba ia akan mengirimkan sms good luck atau menghubungi kamu untuk memberi semangat sebelum ujian/test bermula.


11. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tapi itu ialah suatu barang yang istimewa buat dia.


12. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, saat sedang berbicara di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.


13. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan mu dan ingin menghabiskan hari-harinya denganmu.


14. Jika suatu saat kamu harus pindah ke kota lain untuk waktu yang lain ia akan memberikan nasihat supaya kamu waspada dengan perkara yang mungkin merbahaya ke atas diri kamu.


15. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


16. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik tapi kamu pasti suka dalam sehari, dia mengejutkan kamu di tengah malam kerana dia mengirim sms atau menelefon kamu. kerana saat itu dia sedang memikirkan kamu.


17. Orang yang mencintai kamu selau merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala, saat kamu bilang tindakannya membuatmu terganggu ia akan minta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.


18. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!


19. Kalau kamu melihat handphone-nya maka namamu akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Ya ia masih menyimpan mesej dari kamu walaupun mesej itu sudah kamu kirim sejak berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun yang lalu.


20. Dan jika kamu menghindarinya atau memberi reaksi penolakan, ia akan menyedarinya dan akan hilang dari kehidupanmu walaupun hal itu membunuh hatinya. Kerana yang dia inginkan hanyalah kebahagiaanmu.


21. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan ia akan ada di sana menunggumu kerana ia tak pernah mencari orang lain.  Ya???? dia selalu menunggumu.

Sebelum memutuskan atau menerima cinta seseorang, perhatikan tanda-tanda di atas, apakah dia memang soulmate anda?  Itulah cinta sejati.






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top