Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Dasar belajar sepanjang hayat hampir siap?

Friday, July 22, 2011



BATU PAHAT – Kementerian Pengajian Tinggi sedang dalam peringkat akhir untuk merangka dasar pembelajaran sepanjang hayat yang bertujuan menjadikan amalan pembelajaran sepanjang hayat sebagai gaya hidup masyarakat di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dasar berkenaan dijangka siap hujung tahun ini dan ia diharap dapat memantapkan program pembelajaran sepanjang hayat sebagai usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dalam membentuk negara maju.

"Kita lihat banyak pihak yang menyediakan program pembelajaran sepanjang hayat selain dari institusi pengajian tinggi. 

“Jadi, dasar ini juga dapat mengkoordinasikan program pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi dengan pihak lain terutama pihak industri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pusat pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan melancarkan Facebook OUM di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, perangkaan dasar berkenaan dilakukan oleh satu jawatankuasa penasihat yang terdiri dari wakil swasta, pendidik dan wakil industri bagi memastikan ilmu yang dipelajari dapat diiktiraf oleh pihak majikan serta pekerja mendapat gaji yang setimpal. 

Beliau berkata, pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu dasar pendidikan yang diberi penekanan oleh kerajaan malah ia dianggap sebagai tonggak ketiga dalam sistem pendidikan negara selepas pendidikan sekolah dan pengajian tinggi. – Bernama




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top