Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Cuti Tambahan Hari Raya 2011

Friday, July 22, 2011



Disebabkan hari raya tahun ini bertindih dengan hari kemerdekaan 31 Ogos, maka berlakunya penambahan cuti pada raya tahun ini. Sebenarnya perkara ini bukan lah asing kerana sebelum-sebelum ini juga sama jika melibatkan cuti umum bertindih akan berlaku anjakan cuti satu hari.

Dibawah ini merupakan kenyataan rasmi dipetik dari MSTAR bertarikh 25 Mei 2011 yang lalu : 

KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya.
 
Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September(Jumaat) akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

Untuk negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah,
Jika 1 Syawal pada 30 Ogos (Selasa) maka akan cuti Selasa, Rabu, Khamis + Jumaat; Sabtu.
Jika 1 Syawal pada 31 Ogos (Rabu) maka akan cuti Rabu, Khamis + Jumaat; Sabtu, Ahad
Untuk negeri-negeri lain (selain Terengganu,Kelantan dan Kedah)
Jika 1 Syawal pada 30 Ogos (Selasa) maka akan cuti Selasa, Rabu, Khamis (Jumaat kerja sambung balik cuti Sabtu, Ahad)
Jika 1 Syawal pada 31 Ogos (Rabu) maka cuti Rabu, Khamis, Jumaat + Sabtu, Ahad.
Bagi yang bekerja tu, mesti sedang fikir bilakah tarikh yang betul-betul sesuai untuk bercuti berhari raya kan?  Insyaallah, sedikit sebanyak artikel kali ini dapat membantu semua pembaca merancang cuti hari raya puasa anda bersama-sama keluarga dan orang yang tercinta.  Insyaallah =)

S2u



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top