Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ambil iktibar mukjizat al-Quran

Friday, July 22, 2011


MUHYIDDIN bersalaman dengan para juri hakim Tilawah Al-Quran pada perasmian Seminar Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Bangi semalam.

BANGI - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, umat Islam hari ini perlu mengambil iktibar daripada mukjizat al-Quran yang paling istimewa itu, untuk memperkukuhkan kesatuan ummah di bawah lembayung dan panduan kitab suci itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keadaan itu telah terbukti apabila masyarakat Arab Jahiliah yang paling parah perpecahannya dapat disatukan dengan keimanan kepada Allah setelah mereka menerima ajaran al-Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.

"Cabaran terbesar umat Islam hari ini ialah bagaimana untuk mengembalikan semangat dan mukjizat al-Quran sebagai kitab suci yang menyatukan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Darul Qur'an, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Institut Latihan Islam Malaysia di sini semalam.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top