Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Wilayah Petaling, Sepang alami gangguan bekalan air Selasa

Friday, June 24, 2011



KUALA LUMPUR: Penduduk di Wilayah Petaling dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 12 jam pada Selasa ini bermula jam 9 malam hingga jam 9 pagi keesokannya.

Gangguan berkenaan bagi memberi laluan kerja pembaikan paip bocor dan penggantian injap bersaiz 1,200 milimeter di Puchong Gateway, Wilayah Petaling oleh kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

Kawasan terbabit di keseluruhan Lestari Perdana; Lestari Puchong; Taman Desaminium; kawasan Kota Perdana; Bandar Putra Permai; Taman Pinggiran Putra; Bandar Bukit Jalil; Saujana Puchong; Bandar Puncak Jalil; Lestari Putra; Prima Tropika; Pasar Borong Selangor; Seri Kembangan; Taman Datok Demang; Hospital Serdang; Kompleks Agrobio, Serdang dan Hospital Veterinar, Serdang. 

Di Wilayah Sepang pula, ia membabitkan IOI; IKRAM; Taman Suria Tropika; MARDI; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM); Dato’ Abu Bakar Baginda; Taman D’Alpina; Taman Prima Tropika; Taman Alam Putra dan Plaza Tol Ayer Hitam (SKVE).

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som, berkata pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berkenaan.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top