Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tauge punca penularan E.coli: Jerman

Monday, June 06, 2011



HAMBURG: Penularan  E. coli di Eropah disebabkan cambah yang dihasilkan sebuah ladang organik di Jerman, kata pegawai pertanian ketika angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 22 orang manakala lebih 2,200 orang lagi jatuh sakit.

Menteri Pertanian Lower Saxony, Gert Lindemann, berkata ujian awal menunjukkan tauge dan cambah jenis lain dari ladang di kawasan Uelzen, di antara bandaraya Hamburg and Hannover, mempunyai kaitan dengan jangkitan di lima negeri.

"Terdapat lebih banyak petunjuk sejak beberapa jam lalu yang meletakkan tumpuan kepada ladang ini," katanya. 

Banyak restoran terbabit dalam penularan E. coli itu menerima bekalan cambah berkenaan yang selalunya digunakan dalam sajian salad. - AP
 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top