Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 PERODUA lancar Myvi baru

Friday, June 17, 2011


MUHYIDDIN (tengah), Asmat (kanan) dan Aminar meninjau Myvi baru pada majlis pelancaran di PWTC, semalam.

Model sudah terima tempahan 10,000 unit sejak 4 Jun lalu

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan model baru Perodua Myvi dengan sasaran jualan 8,500 unit sebulan bagi menggantikan model generasi pertama jenama kenderaan terlaris yang diperkenalkan pada Mei 2005.

Model baru yang dipertingkatkan dari segi reka bentuk dan fungsi itu, dijual pada harga atas jalan bermula dari RM43,900 bagi transmisi manual standard hingga RM57,400 bagi transmisi automatik. 

Ia didatangkan dengan enam warna, termasuk warna baru Ungu Mystical yang akan diperkenalkan bermula Ogos ini. Pilihan warna lain ialah Hitam Ebony, Kelabu Medallion, Kelabu Glittering, Putih Pearl dan Putih Ivory.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top