Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pelabur Amerika intai peluang di Malaysia

Thursday, June 30, 2011



Ahli perniagaan AS puji cara negara urus ekonomi 
 

PELABUR Amerika Syarikat (AS) memberikan maklum balas positif terhadap transformasi yang dilakukan Malaysia dan bulan depan 20 ahli perniagaan negara itu akan datang ke Kuala Lumpur bagi mengintai peluang pelaburan di negara ini. 


Ini dimaklumkan ketika pertemuan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ahli Majlis Perniagaan ASEAN– AS semalam. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, kebanyakan pelabur AS yang melabur di Malaysia melihat perkembangan terkini di negara ini, termasuk pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi sebagai pendekatan strategik dan baik.

“Saya turut menjelaskan kepada mereka pendekatan diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan memberikan maklumat terbaru mengenai langkah transformasi ekonomi negara kepada mereka.

“Kita mahu tunjukkan bahawa Malaysia memberikan ruang kepada pelabur tempatan dan asing dalam pembangunan ekonomi negara,” katanya kepada wartawan Malaysia, di Washington semalam.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja empat hari ke AS, berkata, kerajaan mahu mengajak pelabur AS melabur dalam bidang yang mereka minat dan menyesuaikan program untuk mereka.

“Pandangan positif majlis perniagaan ini memberikan petanda baik kepada negara, malah mereka turut memuji cara Malaysia mengurus ekonomi yang menurut mereka patut dicontohi," katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin merasmikan Pameran BIO Antarabangsa sempena Konvensyen Antarabangsa BIO 2011 di Walter E Washington Convention Centre.

Berucap pada majlis itu, Muhyiddin berkata, Malaysia sebagai hab halal sangat berpotensi menjadi pusat bagi pengeluaran produk farmaseutikal halal.

“Malaysia mempunyai sumber asli yang banyak, selain biodiversiti flora dan fauna kita antara yang terbesar dunia seperti sawit yang dapat memberi nilai tambah kerana boleh diolah menjadi minyak, biomass dan lain-lain lagi,” katanya.

Walaupun industri bioteknologi masih baru di Malaysia, sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun lalu ialah 2.2 peratus dan dijangka meningkat lima peratus pada 2020. 







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top