Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kolej Islam Malaya hidup kembali

Saturday, June 04, 2011



PETALING JAYA - Kolej Islam Malaya (KIM) yang diberhentikan operasinya pada tahun 1970 akan dihidupkan semula dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kampus sementara kolej itu akan ditempatkan di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Kampus ini akan jadi tapak sementara sehingga kita putuskan lokasi untuk kita bina tapak bangunan kekal KIM. Kita akan berbincang dengan Jakim," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat anggota jawatankuasa KIM di sini semalam.

Jamil Khir berkata, operasi kolej tersebut dihidupkan semula selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat Oktober tahun lepas, dan bertujuan melahirkan lebih ramai graduan pendidikan Islam.

Sumber


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top