Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Firefly terbang ke Sibu mulai Ogos

Monday, June 27, 2011



SYARIKAT penerbangan komuniti, Firefly akan mengambil alih secara berperingkat laluan Kuala Lumpur-Sibu daripada Malaysia Airlines mulai 1 Julai depan.

Firefly yang juga anak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan terus menawarkan perkhidmatan dua kali sehari ke destinasi itu mulai 1 Ogos.

Pengarah Urusan Firefly, Datuk Eddy Leong berkata, pihaknya mempunyai perjanjian rakan perkongsian kod dengan MAS bahawa syarikat akan menggunakan pesawat B737-800 untuk laluan itu selain terus menyediakan sambungan dengan laluan lain dengan MAS.

“Kami juga akan mengambil kira keperluan penumpang perniagaan dan santai, serta menjadualkan masa penerbangan mengikut keperluan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top