Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 DBP senarai lebih 300 bahasa singkatan SMS

Tuesday, June 07, 2011


Penularan penggunaan melampau jejas penulisan rasmi

KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyenaraikan lebih 300 bahasa singkatan khidmat pesanan ringkas (SMS) umum dan khas standard yang boleh menjadi panduan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, DBP tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang menulis perkataan SMS melampau dan merosakkan pola bahasa SMS dalam bahasa Melayu kerana tiada kuasa khas diperuntukkan untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata DBP tidak boleh memaksa orang ramai mematuhi panduan singkatan SMS bahasa Melayu yang diterbitnya, tetapi boleh menasihatkan mereka melayari laman web agensi itu untuk mengetahui garis panduan berkenaan. 

Antara kata singkatan khusus itu ialah DEB (Dasar Ekonomi Baru), Berhad (Bhd), hjh (hajah), hosp (hospital) Mej (Mejar), Prof (Profesor), TPM (Timbalan Perdana Menteri), Pgh (pengarah).

Bagi kata singkatan umum pula seperti bagi (bg), bangun (bgn), bila (bl) dengar (dgr), dpn (depan), jgn (jangan), memang (mmg), pdg (padang), sdri (saudari), thn (tahan) dan tdk (tidak).

Termuzi berkata, DBP turut memantau penggunaan SMS bahasa Melayu disiarkan dalam rancangan televisyen dan mengesan terlalu banyak singkatan perkataan bahasa Melayu yang tidak mengikut panduan rasmi atau mengalami singkatan melampau dan sukar difahami.

“DBP bimbang penularan bahasa SMS yang melampau akan memberi kesan kepada pelajar sekolah kerana terpengaruh dengan singkatan yang dipaparkan dalam televisyen dan menggunakannya ketika menulis buku atau karangan.

“Jika ini berlaku, ia menjadi cabaran kepada guru Bahasa Melayu untuk memperbetulkan kebiasaan ini kerana jika tidak ia akan menjejaskan gaya penulisan murid terutama ketika peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, pengkaji SMS bahasa Melayu berpendapat kebiasaan pelajar menulis singkatan SMS termasuk dalam karangan ketika peperiksaan akan merosakkan bahasa baku kerana ia tidak diiktiraf sebagai bahasa formal.

Prof Madya Dr Supyan Hussin berkata, penggunaan bahasa SMS dalam penulisan rasmi seperti karangan menjejaskan dan merosakkan pola bahasa Melayu





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top