Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 DAP enggan pulihara tinggalan sejarah

Thursday, June 23, 2011



GEORGETOWN: “Saya tidak mahu masuk campur kerana ia membabitkan hal-ehwal agama,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung isu tinggalan sejarah dan warisan Melayu-Islam yang terabai di negeri ini.

Kenyataan itu mendedahkan keengganan kerajaan DAP Pulau Pinang memulihara tinggalan sejarah Melayu-Islam yang terletak di luar Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). 

Guan Eng yang memegang portfolio Hal Ehwal Warisan di Pulau Pinang, turut menjadikan masalah undang-undang pemilik tanah dan sensitiviti agama sebagai alasan untuk kerajaan negeri tidak perlu mengambil peduli berhubung usaha menyelamatkan warisan Melayu-Islam.


Beliau juga mengakui tumpuan pemuliharaan warisan sejarah lebih banyak ditumpukan di Tapak Warisan Dunia Georgetown berbanding tempat lain berikutan status istimewanya yang diperoleh daripada UNESCO pada 2008.

Katanya, kerajaan negeri sukar mengambil tindakan pemuliharaan kerana pemilik tinggalan sejarah dan warisan Melayu-Islam di negeri ini perlu dikenal pasti terlebih dulu.

“Pemilik bangunan bersejarah mesti dikenal pasti dan kalau bangunan itu bukan milik kerajaan negeri, susah kita ambil sebarang tindakan pemuliharaan.

“Usaha pemuliharaan tinggalan sejarah bukan senang macam surau Kubang Semang. Ia sensitif sebab tinggalan warisan bersejarah itu milik individu Melayu dan saya tak mahu masuk campur sebab membabitkan agama,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahad lalu, laporan eksklusif Berita Minggu mendedahkan 42 tempat warisan di negeri ini, kebanyakannya kaya dengan sejarah Melayu-Islam tidak mendapat perhatian kerana pihak berwajib lebih menumpukan perhatian di sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO. 



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top