Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Buku sejarah Tambak Johor akan dilancar: Rais

Tuesday, June 21, 2011



SINGAPURA: Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Singapura sudah menyiapkan sebuah buku menyingkap sejarah pembinaan Tambak Johor yang akan dilancarkan tidak lama lagi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berharap buku itu dapat dilancarkan Perdana Menteri Malaysia dan Singapura, Datuk Seri Najib Razak dan Lee Hsien Loong. 

"Buku ini mengisi tuntutan sejarah dan hubungan sosioekonomi di dalam negeri-negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang dengan Malaya atau Semenanjung Tanah Melayu," katanya. 

Rais berkata, buku itu menyingkap peristiwa bersejarah bagaimana pemerintahan Inggeris membina Tambak Johor sepanjang lebih satu kilometer dengan menggunakan pekerja Melayu, Cina dan India.

"Ia juga akan menyingkap asal usul dan kenapa Tambak Johor dibina. Ia bukan sahaja berkisar pada fakta sejarah di sebalik pembinaannya, tetapi ia juga satu tuntutan persahabatan serantau," katanya.

Beliau yang berada di Singapura bagi menghadiri Forum Menteri-Menteri Asia Mengenai Teknologi Informasi dan Komunikasi 2011 (CommunicAsia) mulai semalam, turut berunding dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Dr Yaacob Ibrahim tentang pelancaran buku itu.

"Saya berunding dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura, Dr Yaacob Ibrahim, dan jika dapat syorkan tarikh (pelancaran buku) itu di dalam tempoh terdekat," katanya.

Forum yang dihadiri oleh wakil daripada 50 negara itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean. - BERNAMA 



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top