Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Bosch bina kilang keluar panel solar

Thursday, June 23, 2011


KILANG utama Bosch di Pulau Pinang.

Syarikat Jerman labur RM2.2 bilion

BOSCH Group dari Jerman akan melabur RM2.2 bilion bagi membina kilang pengeluaran panel solar di negara ini.
Ia adalah antara pelaburan terbesar dalam sejarah kumpulan yang kini adalah pembekal utama dunia bagi teknologi dan perkhidmatan dalam bidang automotif dan industri, pembinaan serta barangan pengguna itu. 

Presiden dan Pengarah Urusan Robert Bosch (Asia Tenggara) Pte Ltd, Martin Hayes, berkata pihaknya memilih Malaysia bagi tapak kilang itu kerana kedudukan strategiknya, mempunyai infrastruktur yang baik serta tenaga kerja berkelayakan dalam bidang elektronik dan semikonduktor. 

Beliau yang juga Pengarah Urusan Robert Bosch Sdn Bhd berkata, kumpulan itu juga mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Malaysia dan negara ini kini adalah antara penyumbang terbesar kepada jualannya di Asia Tenggara.

“Insentif yang ditawarkan kerajaan Malaysia dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui juga telah menarik kami membuka kilang itu di sini dan menjadikan negara ini sebagai hab untuk kami pasarkan panel solar di Asia yang pasarannya sedang mengalami pertumbuhan pesat,” katanya pada taklimat media di Petaling Jaya semalam.

Mengulas lanjut mengenai pembinaan kilang itu, Ketua Eksekutif Bosch Solar Energy AG Holger von Hebel, berkata pelaburan RM2.2 bilion itu meliputi kos bagi pembinaan kilang serta peralatannya.

Beliau berkata, kilang yang akan dibina di Batu Kawan, Pulau Pinang itu akan mengandungi kemudahan bagi pengeluaran keseluruhan rangkaian nilai tambah panel solar, bermula daripada kristal silikon dan sel solar kepada modul yang boleh dipasang pada bumbung atau loji tenaga solar.

Katanya, pembinaan kilang yang akan dibuat dalam beberapa fasa itu dijadualkan bermula sebelum akhir tahun ini.

“Pengeluaran dijadualkan bermula pada akhir 2013, dan pembinaan sepenuhnya kilang berkenaan dijadualkan setahun kemudian,” katanya.

Hebel juga menjelaskan apabila siap sepenuhnya, kilang yang mempunyai kapasiti menghasilkan loji kuasa suria dengan jumlah output puncak 640 megawatt setahun itu akan menggajikan kira-kira 2,000 pekerja.

Kumpulan Bosch yang telah bertapak di Malaysia sejak 1923 kini mempunyai dua kilang di Pulau Pinang iaitu kilang menghasilkan pemacu, gerudi dan alat ukuran dan kilang menghasilkan radio kereta dan sistem navigasi.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top