Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Barbican masih dijual di pasaran

Monday, June 27, 2011



KUALA LUMPUR - Pengedar minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican, Suria Wholesaler Sdn. Bhd. tidak akan menarik balik jualan minuman tersebut di pasaran walaupun status minuman itu haram diminum umat Islam buat masa ini.

Pengarah urusannya, Ahmad Alyateem berkata, tindakan menjual minuman itu diteruskan adalah wajar memandangkan Barbican bukannya minuman mengandungi unsur alkohol atau bir seperti yang digembar-gemburkan.

"Kita telah pun menghantar minuman itu ke makmal bagi melakukan ujian terhadap sampel minuman Barbican dan hasilnya ia bebas alkohol," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, syarikatnya telah menghantar sampel minuman itu untuk diuji di beberapa makmal termasuk di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Kosmo! semalam melaporkan, isu minuman 'bir halal' atau Barbican hanya boleh diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan sehinggalah sebarang fatwa rasmi dikeluarkan.

Ekoran itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mat Ali Sarbini memberitahu, minuman tersebut haram diminum oleh umat Islam buat masa ini.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top