Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 ‘Bar mini’ kaki botol

Monday, June 06, 2011

DISALAHGUNAKAN...pondok rehat yang dijadikan bar pada waktu malam di Seksyen 31, Shah Alam.

SHAH ALAM: Bukan setakat pemabuk, tetapi juga pengotor menyebabkan persekitaran pondok rehat di sekitar Seksyen 31, dekat sini, yang dibina pihak berkuasa untuk kegunaan penduduk tempatan dipenuhi sampah dan botol arak. 

Sikap sekumpulan warga emas dan warga asing yang dipercayai menjadikan pondok rehat itu sebagai ‘bar terbuka’ pada waktu malam menyebabkan penduduk mulai bosan dan meminta tindakan segera diambil.

BERSEPAH...botol arak bertaburan di kawasan pondok rehat di Seksyen 31, Shah Alam.

Penduduk, Samsuri Dalhar, berkata sikap pengotor dan suka meminum arak itu tidak bersesuaian dengan budaya tempatan serta tidak boleh dibiarkan berleluasa sehingga mengganggu kehidupan penduduk tempatan yang majoritinya Islam.

“Melihat pada jumlah botol arak yang bertaburan pada waktu pagi menunjukkan mereka meneguk arak secara keterlaluan,” katanya.

Katanya, botol arak murah yang bersepah menunjukkan kumpulan warga emas terbabit tidak peduli dengan kemungkinan terdedah bahaya.

Pekerja kilang, Saherah Kamarudin, 27, pula mendakwa ada kalanya warga emas terbabit berlonggok dan meneguk arak secara terbuka pada waktu siang tanpa mempedulikan kehadiran orang ramai yang berkunjung ke pasar raya berdekatan pondok rehat itu.

Malah, katanya, ada di antara warga asing terbabit meracau dan merayau di sekitar premis perniagaan berdekatan serta mengganggu orang ramai dengan meminta wang. “Ketika meminta wang, mereka seperti memaksa dan menyebabkan wanita ketakutan. Tindakan tegas perlu diambil terhadap warga asing yang dipercayai bekerja di beberapa kilang berdekatan bagi memastikan kawasan pondok rehat itu bersih,” katanya.

Dakwa Saherah, kehadiran kumpulan warga emas dan rakyat asing terbabit lebih ramai pada waktu malam dan selepas mabuk mereka akan membuat bising menyebabkan penduduk berdekatan meluat dan geram. Sementara itu, tinjauan Harian Metro semalam, mendapati puluhan botol arak dibiarkan bersepah menyebabkan kawasan pondok rehat itu kotor.


*** Sebagai penduduk Shah Alam sejak 28 tinggal di sini, saya amat kesal dengan perkembangan negatif yang kian banyak melanda sejak akhir-akhir ini.  Restoran yang tidak segan menggantung kain rentang di restoran "Pork is here" di Seksyen 15 (berdekatan Toyota), Shah Alam, sekarang pula masalah penjualan arak dan pemabuk. Memang ada pihak ketiga mempunyai niat hendak merosakkan penduduk Shah Alam yang majoriti Melayu dan Islam ke?  Malah konsert terbesar di dunia iaitu konsert antarabangsa akan diadakan di iCity Shah Alam, apa nak jadi? Dengar khabar, panggung wayang yang sejak dahulu tidak dibenarkan dibina di Shah Alam, akan beroperasi di Bukit Jelutung Shah Alam? Sampai perintah Sultan Selangor yang tidak membenarkan Panggung Wayang di Shah Alam, apa nak jadi pemerintah dan pemaju sekarang?

Tidak hairanlah, di Seksyen 15 juga berlambak botol arak berkeliaran di hadapan kedai menjual produk halal pula tu??

Bagaimana keadaan rakyat Shah Alam dan Shah Alam itu sendiri dalam masa 10 tahun lagi??  Takkan kita sebagai penduduk dan rakyat biasa hanya duduk dan lihat sahaja??




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top