Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 5 juta terjejas banjir di China

Tuesday, June 21, 2011


PANDANGAN dari udara kawasan yang dilanda banjir di Lanxi, wilayah Zhejiang di timur China.

432,200 hektar kawasan tani musnah

ZHEJIANG: Lebih lima juta penduduk China dipercayai terjejas disebabkan banjir teruk di timur serta selatan negara itu dan keadaan dijangka bertambah buruk selepas hujan lebat diramal berterusan beberapa hari lagi.


Kerajaan China meningkatkan amaran bencananya kepada tahap tertinggi berikutan banjir baru-baru ini yang menyebabkan kerugian bernilai lebih AS$1.19 bilion (RM3.57 bilion). 

“Banjir buruk akibat hujan lebat akan berterusan turut mengancam sebahagian selatan China,” kata Menteri Sumber Air, Chen Lei, di sini semalam. 

“Ini meningkatkan lagi kemungkinan hujan lebat, dengan kekerapan dan lebih banyak, berterusan melanda wilayah di selatan,” katanya dalam ucapan yang disiarkan melalui halaman web kementeriannya.

Hujan lebat melanda wilayah Zhejiang hujung minggu lalu dan paras sungai di bandaraya Lanxi meningkat dengan mendadak, kata timbalan pengarah ibu pejabat kawalan banjir, Zhao Fayuan.

Paras air sungai Lanjiang kini mencecah 34 meter, tertinggi sejak 1966, lapor agensi berita Xinhua.

Beberapa bahagian empangan di bandaraya Lanxi tidak lagi dapat menampung banjir, kata Zhao. Lebih 20,000 penduduk boleh terjejas jika empangan terbabit pecah, katanya.

Hujan lebat menyebabkan kawasan Hubei dan Zhejiang ditenggelami air, dengan lebih satu juta ekar (432,200 hektar) kawasan pertanian ditenggelami air, lapor Xinhua.

Lebih 7,000 rumah rosak atau musnah dan hampir 1,846 perniagaan terpaksa menangguhkan operasi mereka. Banjir di timur dan selatan China bulan ini menyebabkan lebih 170 penduduk maut atau hilang.

Stesen berita Al Jazeeera melaporkan, angka kematian dijangka terus meningkat.

Petani yang dipetik Xinhua pula berkata, keadaan banjir tahun ini adalah terburuk dalam tempoh 20 tahun selepas menenggelamkan hasil sayur-sayuran sebanyak 20 peratus selain menjadi punca kekurangan bekalan buah-buahan dan bijirin.

Harga sayur hijau juga meningkat dengan mendadak, lapor Xinhua sambil menambah bahawa kadar inflasi sebanyak 5.5 peratus adalah tinggi bagi tahun ketiga.

“Kos ekonomi ini adalah besar berikutan tanaman musnah teruk di tengah, selatan dan terutama di timur China,” lapor Al Jazeera. – Agensi





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top