Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 PTPTN peruntuk RM6 bilion untuk pinjaman tahun ini

Wednesday, May 18, 2011



MARAN: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM6 bilion untuk pinjaman kepada 235,000 penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan itu sebagai usaha berterusan kerajaan melahirkan generasi baru negara yang berpendidikan tinggi.

"PTPTN menambah jumlah pinjaman daripada RM2 bilion kepada RM6 bilion tahun ini supaya pelajar dapat menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Wang Pendahaluan Pembiayaan (WPP) peringkat Parlimen Kuala Krau di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka di sini, hari ini. 

Sementara itu, beliau berkata, PTPTN memungut hutang sejumlah RM600 juta daripada peminjam yang disenarai hitam dan tidak dibenar keluar negara sejak langkah itu dilaksana dengan kerjasama Jabatan Imigresen pada tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, terdapat kira-kira 228,000 peminjam membabitkan pinjaman berjumlah RM2.5 bilion masih berdegil untuk menjelaskan hutang mereka walaupun dihubungi PTPTN.

"Mereka yang berdiam diri akan tetap diburu dan diambil tindakan undang undang," katanya. - BERNAMA


Sumber

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top