Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Program seni grafik MSU

Monday, May 23, 2011


Gambar hiasan

ANTARA bidang pekerjaan yang kini berkembang pantas dan mempunyai potensi besar dalam industri negara adalah seni reka grafik

Bidang itu merujuk kepada proses kreatif dalam menyampaikan maksud tertentu kepada golongan sasaran de-ngan memberi fokus terhadap penggunaan komunikasi seni visual yang berkesan sebagai medium persembahan.

Penggunaan ilmu seni reka grafik adalah pelbagai termasuk dalam penghasilan identiti (logo, jenama), laman sesawang dan penerbitan (filem, majalah, akhbar dan buku) menjadikan tugas meng-komposisi perkara berkenaan kepada bentuk lebih ideal dan kreatif terletak kepada tanggungjawab pereka grafik.

Antara bidang pengkhususan kerjaya boleh diceburi sebaik menamatkan pengajian seni reka grafik ialah pengarah seni kreatif, pereka logo, illustrator, jurufoto, pencipta lama sesawang dan pereka multimedia.

Potensi luas menjadikan banyak institusi tidak mahu ketinggalan menawarkan program berkenaan termasuk Management & Science University (MSU) yang memberi peluang sesiapa berminat mengikuti kepada program yang ditawarkan.

Dengan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor-mentee, pelajar bukan saja bakal memperoleh mutu pengajian berkualiti dan professional, malah sokongan meraih keputusan cemerlang dengan suasana pembelajaran sangat kondusif.

MSU menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang berkenaan dengan kelayakan minimum digariskan institusi melalui Faculty of Information Sciences & Engineering (FISE).

Selain bidang rekabentuk grafik, FISE turut menawarkan program pengajian peringkat diploma dan ijazah dalam bidang pengkhususan seperti Computer Science, Information and Communication Technology, Computer Engineering, Business Computing, Information Systems Auditing, Games Design and Animation, Technology (Electrical and Electronic), Instructional Multimedia, Mobile & Wireless Technology, Communication Design and Marketing dan Creative Multimedia, Media Science yang relevan dengan keperluan semasa industri.

Di samping terdedah dengan suasana akademik, pelajar turut diasah mempertingkatkan kemahiran insaniah yang menjadi antara nadi kekuatan graduan MSU meneroka pasaran kerjaya juga majikan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut program reka bentuk grafik dan program lain yang ditawarkan di MSU, sila hubungi 03-55216868 atau lawati www.msu.edu.my.

Pilihan lain dengan menghantar SMS ke INFOMSU nama e-mel dan hantar ke 019-3419152/016-3568251 atau 012-2496551.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top