Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 PM Britain mahu Pakistan beri penjelasan

Wednesday, May 04, 2011

PENDUDUK tempatan dan pihak media semalam berkumpul di luar sebuah vila tempat ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh di Abbottabad, Pakistan. di Abbottabad Pakistan.

LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan Pakistan perlu memberi jawapan kepada persoalan bagaimana pengganas nombor satu dunia, Osama bin Laden boleh tinggal begitu dekat dengan ibu negara Pakistan, Islamabad dan berhampiran pula dengan sebuah akademi tentera tanpa dapat dikesan oleh pasukan keselamatan negara berkenaan.

Kenyataan Cameron itu menyusul selepas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari kelmarin menafikan bahawa negaranya melindungi pengganas.

Asif sebaliknya berkata, sejak beberapa tahun lalu Pakistan banyak membantu Amerika Syarikat (AS) dalam menyalurkan maklumat risikan dan Islamabad mungkin memainkan peranan penting dalam operasi membunuh Osama.

Dalam kenyataan balasnya Cameron bagaimanapun berkata: "Masih banyak soalan yang perlu dijawab oleh Pakistan." 

Senada dengan perdana menteri berkenaan, beberapa pengkritik keselamatan dan media India menyatakan, tidak munasabah pasukan keselamatan Pakistan tidak tahu mengenai kediaman besar itu dihuni Osama, sedangkan jaraknya sangat dekat dengan lokasi ketua tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Pervaiz Kayani menyaksikan satu perbarisan seminggu lalu. 

Pada acara tersebut, Kayani mengumumkan bahawa askar-askarnya berjaya mengekang kemaraan militan-militan Al-Qaeda.

Di AS, Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, Senator Carl Levin pula menegaskan bahawa rakyat AS marah kerana Osama ditemui tinggal dalam kemewahan di Pakistan, sedangkan selama bertahun-tahun mereka diberitahu bahawa ketua kumpulan Al-Qaeda tiada di negara itu.

Tentera Pakistan sebelum ini memberi alasan, kegagalan menjejaki Osama berlaku kerana kelemahan perisikan.

"Kami telah mencarinya (Osama) di kawasan-kawasan pedalaman dan tidak menyedari bahawa dia tinggal begitu dekat dengan kemudahan tentera. Ya, ini merupakan kegagalan perisikan," kata seorang pegawai kanan tentera Pakistan seperti yang dilaporkan akhbar Dawn.

Sementara itu, AS semalam memberi amaran ia akan menyiasat bagaimana Osama boleh tinggal dalam kemewahan tanpa dapat dikesan oleh pasukan keselamatan Pakistan. - Agensi





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top