Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pelembap satu kemestian

Thursday, May 26, 2011

KULIT yang lembut, mulus dan anjal sentiasa dijadikan tanda aras kepada keadaan kulit yang sihat selain memperlihatkan tahap kebersihan serta penjagaan diri yang teratur.

Malah, kajian oleh sebuah universiti di Shinjuku, Tokyo, Jepun, baru-baru ini mendapati penjagaan kulit yang baik sama ada muka atau tubuh mampu memberi impak positif terhadap perasaan seseorang hingga boleh membawa kepada perubahan diri pada peringkat lebih tinggi.

Namun, atas faktor luaran seperti pencemaran, pemakanan dan perubahan cuaca yang berlaku di sekeliling kita, rata-rata menyatakan sukar memperoleh kulit yang halus serta bebas masalah lalu mencari pelbagai alternatif bagi mengatasinya.

Justeru, rejim penjagaan kulit yang baik sememangnya amat dititikberatkan terutamanya penggunaan pelembap bagi membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit.

Penggunaan pelembap amat penting setiap hari walaupun kulit jenis berminyak atau langsung tiada masalah dan ia tidak hanya untuk kulit kering.

Sama seperti tubuh yang memerlukan air setiap hari bagi memastikan kelancaran sistemnya, kulit juga perlu sentiasa lembap agar struktur dan keanjalannya tidak terjejas. 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top