Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Obama tinggal di bilik suite pengantin diraja Britain

Wednesday, May 25, 2011

BARACK OBAMA (kiri) berbual dengan Putera William manakala Michelle Obama (kanan) berbual dengan Kate Middleton di Istana Buckingham, London semalam.

LONDON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isterinya Michelle Obama yang dalam rangka lawatan dua hari ke Britain, tinggal di suite enam bilik di Istana Buckingham yang pernah digunakan oleh Putera William serta isterinya Kate Middleton pada malam perkahwinan mereka.

"Katilnya mungkin telah ditukar tetapi suite tersebut adalah suite yang sama," kata seorang pegawai istana Buckingham.

Presiden AS itu dan isterinya sempat mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit dengan pasangan pengantin baru tersebut sebelum menyertai majlis sambutan rasmi bagi menyambut kunjungan mereka ke Britain.

Majlis berkenaan dihadiri oleh pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan suaminya Putera Phillips serta anak lelaki mereka, Putera Charles dan isterinya Duchess of Cornwall.

Media Britain melaporkan Obama dan isterinya tidak diundang menghadiri perkahwinan diraja itu pada bulan lalu kerana Putera William dan Middleton mahu menjadikan acara berkenaan sebagai majlis perkahwinan mesra rakyat tanpa terlalu ramai tetamu kehormat dan orang penting.

Pasangan pengantin baru diraja itu baru pulang dari percutian bulan madu mereka selama 10 hari di kepulauan Seychelles. 

Pertemuan mereka dengan Presiden dan Wanita Pertama AS itu semalam dilaporkan berlaku tanpa dirancang. Obama meninggalkan Ireland dan tiba lebih awal di Britain iaitu pada malam kelmarin susulan kebimbangan letusan gunung berapi di Iceland akan menyebabkan perjalanan mereka tergendala.

Ketibaan mereka menandakan lawatan negara ketiga oleh seorang Presiden AS ke Britain dalam tempoh 100 tahun.

Obama kemudian akan menuju ke Perancis untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) sebelum membuat persinggahan terakhir di Poland. - Agensi




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top