Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Melahirkan pakar keselamatan IT

Wednesday, May 25, 2011



PERSIDANGAN yang bertujuan mengumpulkan pakar-pakar IT dunia yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, penyelidik, profesor dan pakar keselamatan IT di Jerman baru-baru ini menjadi platform kepada bakal pakar-pakar IT terbaik dunia berkongsi pengetahuan mereka. 


"Dengan membentangkan kertas kerja dalam bidang teknologi keselamatan IT mereka, saya berharap persidangan ini dapat memberi peluang kepada mereka membangunkan dan bertukar-tukar idea.


 PENSYARAH Fakulti Sains Komputer dan Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Fakariah Hani Mohd. Ali (kanan) sentiasa memberi sokongan kepada anak didiknya, Asnita. 

"Pada masa yang sama mereka boleh mencetuskan inspirasi sekali gus melahirkan pakar penyelesaian teknologi keselamatan IT pada masa hadapan," ujar Ketua Program Pendidikan Kaspersky Lab, Svetlana Efimova. 

Svetlana memberitahu, persidangan tersebut merupakan salah satu daripada program yang dirangka Kaspersky Lab untuk membantu bidang pendidikan secara global.

PERSIDANGAN Pelajar Generasi Masa Hadapan Keselamatan IT Kaspersky Lab yang berlangsung di Jerman berjaya mencungkil bakat muda dunia.
 
Kaspersky Lab turut menjalin kerjasama bersama pelbagai universiti di seluruh dunia dari segi teknikal dan praktikal untuk meningkatkan pendedahan mengenai teknologi keselamatan IT.

Dalam pada itu, Ketua Pengurusan Program Pendidikan Kaspersky Lab, Veniamin Ginodman memberitahu, pihaknya sentiasa melaksanakan pelbagai program pendidikan bagi tujuan mendidik terutamanya golongan muda.

"Di Rusia, sebagai contoh, kami menyediakan bahan-bahan bacaan berbentuk komik berhubung keselamatan internet kepada pelajar peringkat rendah dan kanak-kanak seawal usia lima tahun.


MARK SEEGER (dua dari kiri) bersama Asnita tertarik dengan pembentangan kertas kerja salah seorang peserta.


"Melalui komik mereka dapat melayari internet secara bijak dan mengetahui setiap peraturan dan larangan bagi mengelakkan segala data diketahui umum," ujarnya.

Bekas guru dan wartawan itu menjelaskan, pendedahan awal penting agar generasi muda ini dapat mengetahui mengenai risiko yang terdapat di alam maya.

Katanya, program pendidikan Kaspersky Lab ini akan diteruskan untuk melahirkan pakar-pakar keselamatan IT masa hadapan.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top