Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 KL bandar raya ke-20 terbaik dunia

Tuesday, April 12, 2011

RAJA NONG CHIK (kiri) bersalaman dengan peserta seminar Persatuan Penduduk Kuala Lumpur 2011 di Melaka semalam.

MELAKA - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyasarkan Kuala Lumpur menjadi bandar raya ke-20 terbaik di dunia menjelang tahun 2020.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kementerian itu akan memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu kependudukan dan pekerjaan berpendapatan tinggi bagi merealisasikan pengiktirafan tersebut.

"Kementerian ini juga telah melantik Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) untuk menjalankan kajian bagi menentukan Kuala Lumpur memenuhi kriteria yang ditetapkan.

"Setakat ini, Kuala Lumpur berada di tempat ke-79 dan kita menetapkan sasaran dalam tempoh 10 tahun akan datang untuk Kuala Lumpur berada di tempat yang ke-20 bandar raya terbaik dunia," katanya selepas menutup seminar Persatuan Penduduk Kuala Lumpur 2011 di sini semalam.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top