Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 UUM, MPI bekerjasama tawar kursus Sarjana dan Ph.D

Monday, March 14, 2011



CHAMIL (kanan) dan Mohamed Mustafa bertukar dokumen pada majlis menandatangani MoU antara MPI dan UUM di Kuala Lumpur semalam
 
KUALA LUMPUR - Pengamal media kini berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Institut Akhbar Malaysia (MPI) semalam.

Memorandum itu ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak manakala MPI diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Chamil Wariya.

Mohamed Mustafa berkata, MoU itu akan menerima pelajar kumpulan pertama Sarjana Komunikasi Kepengurusan pada pembukaan semester pertama September ini.

"Kami sasarkan kumpulan pertama ini menerima 30 pelajar berpandukan permintaan ramai daripada golongan itu untuk menyambung pengajian.

"Ini merupakan satu usaha kami untuk memasyarakatkan universiti... dulu pelajar yang mencari universiti, tetapi sekarang, universiti pula datang kepada masyarakat," katanya selepas majlis pemeteraian MoU itu di sini. 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top