Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 TPM Ucap Tahniah Kepada Pelajar Cemerlang

Thursday, March 24, 2011

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang merekodkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 terutamanya kepada 9,239 pelajar yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.


"Sebagai Menteri Pelajaran saya amat berbangga dengan pencapaian anda. Malahsaya yakin seluruh ahli keluarga, guru-guru dan masyarakat juga berasa banggadengan keputusan tersebut.

"Sekalung tahniah kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak, sesungguhnya dorongan ahli keluarga amat perlu bagi melonjakkan prestasi pelajar," katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Rabu.

Muhyiddin berkata kejayaan dan kegagalan seseorang pelajar amat berkait rapat dengan sikap guru dan keluarga.

Menurutnya jika seorang pelajar mencatat keputusan cemerlang, sebahagian daripada kejayaan dicapai sudah semestinya adalah hasil titik peluh dan usaha gigih keluarga serta guru-guru.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata usaha-usaha kerajaan dalam memperkenalkaninisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan terutamapemberian Bai'ah kepada guru besar, pengetua dan guru-guru juga secara tidaklangsung telah meningkatkan prestasi guru dan pelajar untuk berusaha mencapaikecemerlangan.

Selain itu, beliau berkata Program Pembangunan Sekolah juga berperanansebagai pemangkin kepada keupayaan warga sekolah meningkatkan prestasi sekolahmasing-masing sekaligus menyumbang kepada kecemerlangan para pelajar.

"Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh warga guru. Tanpa jasa-jasa guru, pencapaian cemerlang dan memberangsangkan ini tidak akan menjadi kenyataan," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin amat berpuas hati dengan peningkatan pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar dalam peperiksaan SPM 2010.

Katanya, keputusan yang diperolehi hari ini menunjukkan bahawa jurang pencapaian antara pelajar di bandar dan di luar bandar telah dapat dikurangkan.

"Ia memberi petunjuk bahawa peluasan dan keberkesanan sistem pendidikan serta dasar yang diamalkan telah berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat.

"Kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Keputusan SPM 2010 adalah testimoni usaha-usaha kerajaan dalam memberikan pendidikan terbaik untuk semua," katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan kepada mereka yang kurang berjaya supaya tidak berputus asa manakala yang berjaya pula, mereka diminta supaya terus bekerja keras pada masa depan supaya dapat menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.

"Bagi pelajar mendapat keputusan kurang memberansangkan, janganlah berputus asa, saya percaya jika disuntik semangat dan disokong usaha kental membimbing mereka, InsyaAllah kejayaan diburu akan menjadi kenyataan," katanya.- BERNAMA




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top