Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Shabery minta Misbun tunai janji

Wednesday, March 09, 2011


 MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu Datuk Misbun Sidek memenuhi janjinya untuk mengutamakan kepentingan negara daripada terus berdiam diri sejak meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara Disember lepas.


Beliau berkata, dalam beberapa pertemuan selepas peletakan jawatan Misbun, bekas jaguh negara itu pernah berjanji untuk tidak mengutamakan kepentingan peribadi dan tidak akan mengambil masa lama untuk membuat keputusan sama ada kembali menjadi jurulatih.

"Misbun telah berjanji pada saya bahawa apa jua keputusan yang dibuat adalah untuk kepentingan negara.
"Namun, beliau kena fikir adakah dengan mengambil masa yang lama ini memenuhi janji beliau untuk mengutamakan kepentingan negara," kata Shabe- ry semalam.

Beliau berkata, latihan pemain badminton negara adalah lebih penting buat masa ini terutama prestasi anak didik Misbun, Datuk Lee Chong Wei.

Jelasnya lagi, Chong Wei perlu mendapat bimbingan yang sebaik mungkin dalam misi memburu pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Mengenai permintaan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) yang memerlukan peruntukan tambahan bagi melengkapkan kemudahan di Kompleks Sukan Ranau, Sabah, beliau berkata, tindakan itu tidak adil kepada kemente- rian berkenaan.

"Andaian yang diberikan oleh LSNS ialah segalanya sudah ada tetapi agak malang apabila sampai di sana (Ranau), kerajaan perlu tambah lagi benda-benda baru," katanya.

Beliau berkata, peruntukan kewangan kementerian adalah terbatas dan beliau mahu memastikan ia dibelanja dengan berhemah. - Bernama





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top