Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Pakej umrah tangguh lagi

Monday, March 14, 2011



JOHOR BAHRU: Kira-kira 100 bakal jemaah umrah yang bersedia berangkat ke Tanah Suci terkilan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berkaitan penangguhan rombongan itu untuk kali keempat, iaitu kira-kira 18 jam daripada waktu pelepasan pesawat yang dijadualkan, semalam.

Perkara itu menimbulkan kesulitan di kalangan kumpulan bakal jemaah yang sepatutnya berkumpul di Terminal Pengangkutan Awam Larkin Sentral, di sini, sebelum menaiki bas ke Singapura dan berlepas ke tanah suci dari negara republik itu.

Hasrat mereka terbantut apabila dimaklumkan mengenai penangguhan rombongan itu oleh wakil agensi yang mengendalikan pakej umrah itu menerusi kiriman SMS, kira-kira 4 pagi semalam.

Bakal jemaah, Zaitun Salim, 60, berkata, dia bersama suami dan anak yang membuat tempahan bagi mengikuti pakej umrah pada Disember lalu, tidak sangka rombongan berkenaan ditangguh kali keempat sejak awal Januari.

Menurutnya, pada awalnya, agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah itu mendakwa keputusan itu dilakukan selepas mengambil kira keselamatan bakal jemaah berikutan krisis di Mesir selain suasana kurang selamat di Arab.

Namun kami rasa tidak puas hati dan tertekan apabila ia ditangguhkan lagi dan ini masuk kali keempat hingga mengakibatkan pelbagai persiapan dilakukan sia-sia.

Kami hanya difahamkan bakal jemaah mengalami masalah berhubung dokumentasi, namun wakil agensi itu enggan mengulas secara terperinci, katanya.

Sepatutnya agensi itu bertanggungjawab terhadap pelbagai kesulitan dialami bakal jemaah, sekali gus memberi penjelasan munasabah berkaitan penangguhan itu, katanya.

Sementara itu, suri rumah, Zaliha Abd Ghani, 71, berkata ketika dia menghubungi wakil agensi itu petang kelmarin, mereka bukan saja memberi jaminan berkaitan rombongan itu, malah menasihatkannya berkumpul awal di terminal pengangkutan awam di Larkin, semalam.

Saya beberapa kali menggunakan khidmat agensi itu untuk mengerjakan umrah, namun kali ini timbul pelbagai masalah.

Kami masih keliru dengan tindakan agensi berkenaan yang kerap menangguh rombongan dan impian mengerjakan umrah masih kabur, katanya.

Sementara itu, jurucakap agensi pelancongan terbabit ketika dihubungi berkata, semua jemaah terbabit diberi jaminan penerbangan ke tanah suci pada Rabu depan (16 Mac).





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top