Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Nilai hartanah meningkat 20%

Friday, March 11, 2011



NILAI pasaran hartanah di negara ini dijangka meningkat 20 peratus dalam tempoh enam bulan bermula Januari kerana dipengaruhi keadaan semasa seperti kenaikan harga bahan binaan dan minyak, selain permintaan meningkat khususnya di Lembah Klang.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Rehda), Datuk Seri Michael KC Yam berkata, jangkaan terbabit diperoleh menerusi kaji selidik yang dilakukan ke atas 135 ahlinya pada Disember tahun lalu.

“Kos bahan binaan dan pembangunan yang meningkat mempengaruhi kenaikan terbabit,” katanya pada sidang media ketika selepas taklimat mengenai hasil kaji selidik industri 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau memaklumkan kaji selidik itu turut mendapati hartanah seperti rumah teres, kembar, banglo dan kondominium serta pangsapuri akan terus memacu industri terbabit tahun ini.

Sementara itu, Yam menyarankan kerajaan meneliti semula nilai maksimum rumah daripada RM220,000 kepada RM350,000 untuk pembeli di kawasan Lembah Klang bagi membolehkan golongan muda yang berhijrah ke Kuala Lumpur dan Selangor memiliki rumah sendiri.

“Agak mustahil bagi mendapatkan nilai hartanah kurang daripada RM220,000 di Lembah Klang ketika ini,” katanya.

Katanya, menerusi data yang diperoleh tidak banyak hartanah berharga bawah RM220,000 di Kuala Lumpur dan Selangor iaitu pusat bandar raya yang mencatatkan jumlah tertinggi golongan muda bekerja.

“Malah, permintaan terhadap pemilikan rumah di Kuala Lumpur dan Selangor juga tertinggi berbanding negeri lain,” kata Yam.

Beliau turut berpendapat pihak berkuasa tempatan perlu meneliti semula akta perancangan perumahan yang mewajibkan pemaju menyediakan rumah mengikut saiz ditetapkan.

“Ia perlu dikaji semula untuk memungkinkan pemaju membangunkan unit yang lebih kecil. Secara tidak langsung mengurangkan kos pembinaan rumah dan menurunkan harga rumah,” jelasnya.

Mulai kelmarin, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah mengikut Skim Rumah Pertamaku. 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top