Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Malaysia belum bersedia

Thursday, March 24, 2011

IMBAS kembali... Jalur Gemilang terpapar pada layar skrin semasa kontinjen negara memasuki Stadium Khalifa pada majlis perasmian Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) belum bersedia untuk membida penganjuran Sukan Asia 2023 kerana kos penganjuran temasya itu adalah tinggi dan dijangka meningkat.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, faktor lain yang mengekang pembidaan penganjuran Sukan Asia 2023 itu ialah keadaan ekonomi semasa.

“Kita tidak bersedia untuk membuat bidaan pada masa sekarang kerana menganggap ia melibatkan kos yang berlipat kali ganda besarnya. Saya rasa pada masa akan datang, kos akan meningkat tiga atau empat kali ganda dan kita tidak mahu kos itu ditampung oleh wang subsidi untuk rakyat,” katanya.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika ditanya mengenai hasrat Indonesia untuk membida penganjuran Sukan Asia 2019 setelah Malaysia tidak mahu berbuat demikian kerana kos penganjuran temasya sukan itu melebihi RM1.6 bilion pada akhir September tahun lepas.

Kos penganjuran yang dianggarkan itu tidak termasuk pembinaan infrastruktur baru seperti stadium, perkampungan sukan untuk penginapan atlet serta penambahbaikan kemudahan sukan yang ada di negara ini.

“Pada masa akan datang sekurang-kurangnya penganjuran temasya itu memerlukan RM4 bilion hingga RM5 bilion, barulah nampak seperti kita tidak ketinggalan dari segi penganjuran,” katanya.

Ditanya sama ada kerajaan sedia membida sekiranya rakyat mahu temasya sukan itu diadakan di negara ini, Ahmad Shabery berkata, rakyat boleh bersuara tetapi mereka perlu faham mengenai kos itu. 

“Saya percaya kerajaan akan menilai kemahuan rakyat namun mahukah rakyat mengorbankan subsidi minyak dialihkan ke belanja Sukan Asia untuk membuat kemudahan sukan di seluruh negara?

“China melihat penganjuran temasya sukan tersebut sebagai satu proses pembangunan untuk atlet dan rakyat di negara itu,” katanya.

Bandar raya Incheon di Korea Selatan akan menjadi tuan rumah edisi ke-17 Sukan Asia pada 2014 manakala tuan rumah bagi 2019 pula menjadi rebutan antara Hong Kong, Emiriyah Arab Bersatu, Vietnam, India dan terkini, Indonesia. – Bernama





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top