Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Had umur belia di bawah 25 tahun

Friday, March 25, 2011


AHMAD SHABERY (kiri) dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee memasukkan wang ke dalam tabung pada majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan Tsunami MBM di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan takrifan had umur belia yang berumur di bawah 40 tahun diganti dengan umur 25 tahun.

Menurut beliau, perubahan takrifan itu perlu dilakukan selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

"Berdasarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, definisi umur bagi belia ditetapkan sebagai individu yang berusia antara 15 hingga 25 tahun saja.

"Di Malaysia umur 40 tahun masih dianggap sebagai belia. Semasa saya ke Australia, orang di sana terkejut dengan takrifan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Tabung Kemanusiaan Tsunami Majlis Belia Malaysia (MBM) di lobi Dewan Negara di sini semalam.

Tabung tersebut akan menjalankan kutipan derma di seluruh negara melalui badan-badan gabungan MBM bermula semalam hingga 29 Mei ini.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top