Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Terengganu perkenal kelas maya di sekolah rendah

Wednesday, February 09, 2011

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Sistem pengajaran secara maya diperkenalkan di tiga sekolah rendah di Terengganu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebagai permulaan tiga kelas di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Sekolah Kompleks Seberang Takir di sini, dan Sekolah Teluk Kalong di Kemaman dipilih untuk melaksanakan projek perintis itu.

"Kos untuk mengadakan sebuah kelas maya ini dianggar antara RM25,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kemudahan yang ada dan kita akan perluaskannya secara berperingkat-peringkat ke sekolah lain jika ia menunjukkan pencapaian yang memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kelas maya di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga di sini hari ini.

Pengajaran di kelas maya menggunakan peralatan multimedia secara interaktif dan guru tidak lagi menggunakan papan putih atau papan hitam, sebaliknya menggunakan ”smart board” yang dihubungkan terus ke talian Internet dan e-Book murid. – Bernama




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top