Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 SUKA: Sam, Lisa rapat

Saturday, February 12, 2011

  

"YA, memang kami sangat rapat," begitu pengakuan tulus dan telus daripada mulut aktres Lisa Surihani. Ia ekoran spekulasi terbaru yang muncul gara-gara foto-foto kemesraan Lisa dan aktor popular Shaheizy Sam atau Sam tersebar di Internet. Ketika itu mereka berdua sedang mengikuti sesi jelajah Anugerah Bintang Popular di Langkawi, baru-baru ini.

Lebih menarik, ramai peminat memberi restu andai hubungan cinta benar-benar terjalin antara mereka.

Akui Lisa lagi, Sam memang merupakan temannya yang paling rapat dalam industri seni sementelah kedua-dua mereka diuruskan oleh syarikat pengurusan yang sama iaitu Metrowealth Productions (MIG) dan telah berlakon bersama dalam sebuah filem berjudul Sekali Lagi.

Namun, pesan Lisa, jangan disalah sangka hubungan rapat yang terbina antara mereka sebagai bercinta kerana hakikat sebenarnya mereka adalah kenalan lama.

"Saya kenal Sam sejak saya berusia 14 tahun dan dia waktu itu 17 tahun. Kemudian, kami bertambah rapat sejak saya bekerja dalam industri seni. 

"Setakat hari ini, saya tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana memberi fokus terhadap kerja. Sebagai seorang teman, saya cukup kagum dan gembira dengan pencapaian yang diperolehinya. Dia seorang pelakon yang sangat bagus," ucap Lisa yang berharap spekulasi itu menemui titik noktah.

Teknologi hijau

Semenjak bergelar anak seni, rezeki Lisa Surihani sentiasa melimpah ruah. Rezeki yang datang bukan sahaja daripada tawaran di bidang lakonan, malahan juga dalam bidang pengacaraan dan juga menjadi duta atau jurucakap sesebuah produk. 

Tidak mustahil Lisa dipilih untuk tampil menjadi duta atau jurucakap kerana wajahnya yang comel serta peminat yang juga terdiri dari pelbagai peringkat umur.




SAM dan Lisa bakal menerusi filem gandingan mereka, Sekali Lagi.


Sebelum ini, mungkin peminat melihat Lisa di kaca televisyen menjadi duta bagi melariskan produk-produk kecantikan. 

Baru-baru ini, Lisa telah dilantik menjadi duta dan jurucakap sebuah acara walkaton Walk For Children: 1Malaysia Goes Green yang dianjurkan oleh Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL). 

Acara yang akan berlangsung pada 13 Mac 2011 yang bertempat di Dataran Merdeka itu akan menyaksikan Lisa sama-sama menyertai acara jalan kaki tersebut bersama peserta yang lain. 

Tambah Lisa, tawaran tersebut diterima kerana objektif utama acara itu adalah bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kapada rumah kebajikan. 

"Apabila ditawarkan menjadi jurucakap dan duta acara ini, saya dengan rela hati menerima tawaran tersebut. Ini kerana saya sangat berminat dengan objektif acara walkathon ini iaitu untuk mengumpul dana bagi disumbangkan kepada dua rumah kebajikan, Shelter: Home For Children dan Rumah Kasih Sayang. Kedua-dua rumah kebajikan ini dipilih berdasarkan keperluan mereka untuk mendapatkan sumbangan," ujar bekas pengacara program realiti Mari Menari ini penuh teruja.

Menurut Lisa, selain mengumpul sumbangan melalui pendaftaran setiap peserta, sebagai jurucakap, dia juga sedang berusaha mencari penyumbang daripada badan-badan korporat dan orang ramai untuk menjayakan acara yang disasarkan akan disertai oleh 2,000 peserta itu.
Justeru, dia menggunakan semua medium yang ada untuk mengumpul sebanyak mungkin dana yang diperlukan. Ini termasuklah dengan menyebarkannya di laman web sosial. Katanya: "Saya bukan sahaja perlu mencari duit, malah memerlukan perkhidmatan, barangan atau sebagainya."

Tambah aktres berusia 24 tahun ini, antara sebab lain yang menarik perhatiannya untuk menyertai acara tersebut adalah elemen alam hijau yang diterapkan. 

Mungkin peminat di luar sana tidak mengetahui, Lisa amat menyokong kempen-kempen teknologi hijau yang dianjurkan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

"Saya juga suka dengan objektif kedua acara ini iaitu mahu meningkatkan kesedaran terhadap kehijauan bumi kita. Sebagai contoh terdekat, penggunaan beg plastik semasa aktiviti membeli-belah. Jika boleh, haruslah kita kurangkan demi menjaga alam sekitar kita," bicara Lisa agak serius menyokong kempen yang telah dijalankan selama ini. 

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap saranan kerajaan, Lisa sendiri mengamalkan beberapa aktiviti hijau di rumah dan juga semasa melakukan aktiviti membeli-belah bersama keluarga mahupun teman-temannya. 

"Amalan yang saya lakukan kini ialah apabila keluar membeli-belah dan jika saya tidak membawa bersama beg kitar semula, saya akan pastikan saya tidak mengambil penggunaan beg plastik secara berlebihan.




LISA memuji Sam sebagai pelakon yang sangat bagus.


"Malah di rumah juga, keluarga saya sudah banyak mengurangkan penggunaan beg plastik berbanding dahulu. Kami juga amalkan penjimatan tenaga elektrik dan sebagainya untuk cuba bersama-sama menjaga alam sekitar," ujar pelakon berbintang Aries ini. 

Bicara Lisa, bak pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit mempunyai maksud yang sangat dalam. Baginya, setiap perkara yang ingin dijadikan amalan, ia harus dimulakan dari akarnya umbinya. 

"Setiap perkara yang ingin dijadikan amalan, ia harus dimulakan dari rumah. Bermula bersama keluarga, rakan-rakan dan seterusnya," ungkap Lisa lagi. Dan kata Lisa, Sazzy Falak adalah rakan artis yang telah mendorong dia untuk lebih menghargai alam sekitar.

Tidak tamak

Beralih kisah tentang perjalanan kariernya, Lisa memberitahu biar dirinya kini melakukan pekerjaan lain seperti menjadi hos dan duta, dunia lakonan adalah kecintaan utama buatnya.

Biar mengakui jadual hidupnya sedikit padat kini, dia perlu bijak membahagikan masa untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. Mujur katanya, dia tidak mempunyai jadual yang terlalu ketat di lokasi penggambaran seperti di awal kemuculannya dulu.

Sedikit matang dalam pengurusan masa, kini Lisa hanya mengambil satu tawaran dalam satu masa. 

"Sejak tahun 2008, saya telah mula amalkan untuk mengambil satu kerja dalam satu masa sahaja. Dan jika ada peluang lain yang ditawarkan, mungkin juga saya akan pertimbangkan sebaik-baiknya untuk menerima tawaran tersebut," katanya.

Kini, kata Lisa, dia hanya memberi komitmen sepenuhnya untuk drama Zoo The Series yang akan diterbitkan sebanyak 13 episod untuk saluran Astro Ceria. 

Ini kerana menurut Lisa dia tidak mahu menyusahkan produksi kerana jadualnya yang padat kerana kos penyewaan yang tinggi termasuk mereka harus mengikut jadual yang telah ditetapkan pihak Zoo Negara sendiri.

Antara pelakon yang terlibat sama menjayakan drama siri terbitan Metrowealth International Group (MIG) ini ialah ialah Cat Farish, Bob Lokman, Afiq Izzudin, Hazirah Qasdina dan Mia Sara yang mana ia merupakan garapan Ashim Rejab. 

LISA pernah berlakon di samping ibu dan kakak Sam.

Selain itu, dua filem lakonannya sedang menunggu tarikh sesuai untuk ditayangkan di layar perak pada pertengahan tahun ini. 

Katanya: "Saya juga sedang menunggu tayangan dua filem lakonan saya iaitu Ombak Rindu yang diarahkan oleh Osman Ali dan Sekali Lagi oleh Ashim Rejab yang mana kedua-duanya telah pun habis penggambaran. 

"Pada masa yang sama, saya masih lagi bersama MyEG Xtra Time musim kedua yang bersaluran di ESPN yang juga mengacara bersama Cheryl Samad serta Sarah Lian," ujar Lisa apabila diajukan soalan mengenai perjalanan kariernya setakat ini.

Kosmo!







Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top