Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Najib sambut pelajar dari Mesir

Tuesday, February 08, 2011

NAJIB bertanya khabar kepada para pelajar semasa menyambut kepulangan mereka dari Mesir di KLIA, Sepang semalam.

SEPANG – Operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan bukannya berasaskan pertimbangan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan berbuat apa sahaja bagi menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir ekoran keadaan yang tidak menentu di negara itu.

“Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan kita akan melancarkan misi menyelamat pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

“Misi ini untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali dan tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama seramai 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah, Arab Saudi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Kosmo!



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top