Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kaji opsyen kekal harga RON 95

Wednesday, February 23, 2011

KENAIKAN harga minyak dunia menyebabkan kos subsidi untuk RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia turut naik. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan harga minyak petrol RON 95 kekal dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat. 

"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.

"Sebab itu, kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat,'' katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON 95 dalam masa terdekat pada sidang akhbar di Pusat Latihan Harta Intelek di sini semalam.

Kosmo!



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top