Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kad debit ciri Islam

Wednesday, February 09, 2011


LANCAR...Ismail (tengah) bersama Kamaruzaman (dua dari kanan) melancarkan Kad Orchid Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) komited menawarkan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai dengan melancarkan kad Debit-i pertamanya iaitu Kad Orchid, sekali gus yakin dapat menarik 75,000 pemegang kad itu pada tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata Kad Orchid menggunakan konsep Syariah Wakalah dan Ujrah dalam setiap transaksi dan hanya diterima di kaunter rakan niaga dalam kategori halal saja.

Katanya, jalinan kerjasama antara Bank Rakyat dan MasterCard akan memastikan bahawa kad itu hanya diterima di kaunter rakan niaga di bawah kategori terbabit.

“Orchid dalam konteks ini adalah akronim kepada One Retails Cash Islamic Debit Card dan ia dilahirkan daripada inspirasi gaya hidup pelanggan bank masa kini yang mementingkan keselesaan di samping keselamatan dalam sebarang urusan perbelanjaan seharian.

“Bank Rakyat memilih MasterCard untuk membolehkan pengguna Kad Orchid menjalankan transaksi pembelian runcit, pembelian di Internet mahu pun pengeluaran tunai di mesin ATM di seluruh dunia,” katanya di majlis pelancaran Kad Orchid Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Salim dan Timbalan Presiden dan Pengurus Kanan Negara MasterCard Worldwide Malaysia dan Brunei, Jim Cheah.
Kamaruzaman berkata, pemegang Kad Orchid tidak perlu membayar yuran keahlian manakala yuran tahunan adalah percuma bagi tahun pertama dan hanya perlu membayar RM8 setahun bermula pada tahun berikutnya.

Beliau berkata, penggunaan Kad Orchid terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas tanpa syarat pendapatan minimum dan pemohon hanya perlu mempunyai simpanan minimum RM200 ketika pembukaan akaun dan akan menerima kad terbabit serta-merta.

Sementara itu, Ismail berkata penggunaan kad debit akan menggalakkan pengguna untuk berbelanja secara berhemah mengikut kemampuan masing-masing dan dapat mengelakkan mereka daripada dibebani hutang.

HM


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top