Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Faktor fanatik

Friday, February 11, 2011


Sikap ghairah penonton antara sebab Safee berkelana ke ISL

SEMALAM, Safee Sali mendedahkan satu lagi sebab dia tertarik untuk beraksi bersama Pelita Jaya di Liga Super Indonesia (ISL).

Faktor berkenaan adalah kebanjiran penyokong fanatik yang penuh ghairah di stadium dan dia mahu mencari pengalaman baru beraksi dalam keadaan tertekan bagi menguatkan lagi mentalnya selaku penyerang antarabangsa digeruni ketika ini.

“Memang fanatik penyokong kat sana. Saya akui keghairahan penyokong di sana menjadi tarikan untuk berpindah ke Indonesia. 

“Ia adalah pengalaman baru yang akan saya hadapi dan diharapkan saya dapat menyesuaikan diri di sana.

“Saya akui, saya mungkin berdepan tekanan beraksi di sana, tetapi saya sudah menyiapkan diri secara mental,” katanya, semalam.

Kudrat Safee ditagih Pelita, untuk menjana barisan serangan pasukan itu yang setakat ini menjaringkan 13 gol, jumlah ketiga terendah dalam ISL, di depan Persib (12) dan Persela Lamongan (8).

Perlawanan pertama penyerang berkenaan buat kelab Jawa Barat itu adalah menentang Persib Bandung pada 7 Mac ini dan saat ini amat dinantikan peminat tanah air.
 
BH



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top