Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Fadhilat Surah Al-Taubah Ayat 128-129

Sunday, February 06, 2011


Marilah kita sebagai umat Islam, sekurang-kurangnya hidup di dunia ini mempunyai amalan yang tidak kita tinggalkan selain solat fardhu iaitu amalan membaca Surah Al Taubah Ayat 128-129 yang mempunyai fadhilatnya tersendiri.

Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."

Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah


1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca sebanyak 7 kali selepas solat 5 waktu setiap hari, maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat:

  a) orang lemah mendapat kekuatan
  b) orang  hina jadi mulia
  c) orang kalah mendapat kemenangan
  d) orang susah dapat kelapangan segala urusan
  e) orang berhutang ditunaikan Allah hutangnya
  f) hilangkan kesusahan dan dukacita
  g) hilangkan kesempitan rezeki

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

5. Jika dibaca 41 kali dapat rahsia2 ajaib dan melihat Rasulullah saw...insyaallah.  

Wallahualam.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top