Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Zaquan Adha bernikah dengan Ayu Raudhah

Friday, January 21, 2011

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis isterinya yang juga pelakon, Ayu Raudhah Che Wan, 26, selepas selesai majlis akad nikah di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, petang tadi. - Foto Syaharim Abidin


ALOR SETAR: Penyerang skuad kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, 23, menamatkan zaman bujangnya setelah selamat diijabkabul dengan pasangannya, pelakon Ayu Raudhah Abu Bakar@Che Wan, 26, di Masjid Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Majlis akad nikah berlangsung pada jam 3.45 petang disempurnakan imam masjid berkenaan, Mustafa Kamal Abdul Jalil, disaksikan keluarga pasangan, saudara terdekat serta peminat.

"Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hari yang saya tunggu selama ini sudah tiba... saya rasa ini merupakan detik yang paling indah dan mendebarkan lebih daripada bermain bola sepak.

"Saya berharap perkahwinan kami ini akan kekal bahagia sampai akhir hayat," kata penyerang pasukan Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas selesai upacara akad nikah di sini hari ini.

Hadir sama ibu bapa Mohd Zaquan Adha, Azizah Arshad, 58, dan Abdul Razak Salleh, 61.

Mengenai kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha berkata, isteri tercinta akan menjadi pendorong dan memberi semangat baru untuk terus maju dalam arena bola sepak tanah air khususnya bersama pasukan Negeri Sembilan.

"Tidak menjadi halangan antara kami berdua untuk meneruskan kerjaya masing-masing kerana sejak perkenalan kami dia seorang insan yang berkecimpung dalam lakonan dan dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak," katanya.

Bagi Ayu Raudhah, beliau amat gembira dengan perkahwinan ini selepas sekian lama menunggu saat paling bermakna dalam hidupnya.

"Apa yang saya harapkan dapat menimang cahaya mata dengan cepat dan saling menyayangi antara satu sama lain sampai ke akhir hayat," katanya.

Majlis perkahwinan pengantin perempuan akan diadakan malam ini di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) manakala majlis pihak lelaki akan berlangsung pada 30 Jan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan. - BERNAMA




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top