Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

3 Tak tinggal solat tapi buat maksiat

Thursday, January 13, 2011

BAGAIMANA jika ada lagi golongan yang cukup sempurna solatnya, tetapi masih melakukan maksiat?


Apakah hukum mengadakan hubungan kelamin ketika isteri didatangi haid? Adakah cukup sekadar beristighfar bagi menyesali perbuatan yang pernah dilakukan?
 
JAWAPAN

SOLAT adalah kewajipan utama dan wajib ditunaikan bagi seorang Muslim.

Perintah mengerjakan solat sudah jelas terdapat dalam al-Quran dan sunnah.

Dalam al-Quran disebut bahawa solat berupaya mencegah seorang itu daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)”.

(Surah al-’Ankabut ayat 45) Ini disebabkan dengan bersolat hati kita sentiasa mengingati Allah s.w.t.

Mereka yang sentiasa mengingati Allah akan menjauhi kejahatan dan maksiat.

Hanya mereka yang lupa kepada Allah dan ajarannya saja akan melakukan sesuatu yang dilarang Allah.

Sekiranya masih melakukan maksiat, itu tandanya solat masih belum sempurna dan mungkin ditolak Allah.

Seorang Muslim hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki amalan solatnya supaya penuh khusyuk.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya berjaya orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia”. (Surah al- Mukminun ayat 1-3) Sementara itu, melakukan hubungan kelamin ketika haid hukumnya adalah haram. Sekiranya terlanjur, hendaklah banyak beristighfar dan memohon keampunan Allah dan berazam tidak melakukannya lagi.

Itu pendapat menurut Imam Malik, Syafie dan Abu Hanifah. Bagaimanapun, Imam Ahmad mensyaratkan suami bersedekah sebanyak satu dinar atau separuh selain beristighfar.

Ahli al-hadith menambah jika berlaku persetubuhan ketika masih berdarah, hendaklah bersedekah satu dinar dan sekiranya ketika sudah putus darah, separuh dinar (Ibn Rushd, 2000: I: 96).




Related Posts by Categories



3 komen

MrsAyie said...

Sekiranya kita solat, tapi masih melakukan kekhilafan, carilah kekurangan dalam solat, mungkin ada silap di mana-mana. Sukar untuk melaksanakan solat yang sempurna, tapi setiap 5 waktu sehari semalam kita berusaha ke arah itu. Perbaiki solat, insyaAllah .. Allah akan memelihara peribadi muslim.

January 13, 2011 at 8:58 AM
Anzur Anuar said...

solat dapat mencegah kemungkaran. insyaallah..

Live Blog: belog! my Oxygen

January 13, 2011 at 9:40 AM
- - myazara - - said...

MrsAyie: Insyaallah..terima kasih..saya setuju dengan anda =)

Anzur: tepat sekali =)

January 18, 2011 at 7:32 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top