Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Setiap orang ada jodohnya

Friday, January 21, 2011

Gambar hiasan

Pernahkah anda mendengar situasi seperti ini, "SAYA wanita berumur 35 tahun dan masih belum berkahwin. Saya berasa cukup tertekan memikirkan keadaan ini kerana sampai bila saya akan terus membujang. Masih ada harapankah bagi wanita seperti saya ini untuk merasai kehidupan berumah tangga seperti insan lain?


PERKAHWINAN sebenarnya satu tanggungjawab yang besar. Tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keredaan Allah dan bukannya mengikut perasaan atau kebiasaan saja yang mana ada yang berkahwin kemudian bercerai.

Anda dinasihatkan supaya tidak berputus asa walaupun belum mendapat jodoh. Setiap orang sebenarnya mempunyai jodohnya cuma masanya saja belum sampai.

Justeru, banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan jodoh yang baik dan seterusnya dapat berumah tangga dengan aman dan bahagia.

Bersedialah terlebih dulu untuk mendalami ilmu rumah tangga, tanggungjawab seorang isteri serta menjadi ibu yang baik. Apabila bertemu jodoh nanti anda benar-benar sudah bersedia.

Jangan persiakan usia yang ada. Gunakanlah masa yang ada ini untuk mencari dan membina kecemerlangan diri dengan mempelajari ilmu agama dan mempraktikkan akhlak yang mulia.

Hiasilah diri dengan agama sebagaimana yang diingini Islam. Nabi pernah bersabda supaya lelaki Muslim memilih wanita yang beragama sebagai calon isteri berbanding dengan kriteria lain.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang perempuan biasanya dinikahi kerana empat perkara: harta, nasab, kecantikan dan agamanya. Maka utamakan memilih wanita yang beragama, kamu akan rugi (apabila tidak memilihnya).” (Hadis riwayat Bukhari).

Dr. Abdul Salam




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top