Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 ‘Saya perlukan Misbun’

Tuesday, January 11, 2011

CHONG Wei (kanan) banyak menunjukkan peningkatan sejak dibimbing Misbun.

WALAUPUN berjaya merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2010, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tetap berharap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek kembali membimbingnya sebelum Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia pada 18 hingga 23 Januari ini.


"Saya tidak boleh buat apa-apa kerana Misbun letak jawatan pada saat-saat akhir sebelum saya bersiap sedia pergi ke Taiwan. 

"Saya memang perlukan khidmat dia (Misbun) dan ia jelas mengganggu konsentrasi dan fokus saya semasa di Taiwan,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Chong Wei berkata, ketika pertandingan itu berlangsung, beliau hanya menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan sambil berharap isu Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, walaupun Misbun telah meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara berkuat kuasa 31 Disember lepas, sifunya tetap mengikuti perkembangan beliau semasa kejohanan di Taiwan itu.

"Misbun ada menelefon saya di sana dengan membuat analisis perlawanan saya.

“Meskipun jauh, saya tetap gembira kerana dia tetap mengikuti perkembangan saya ketika itu,” katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk keluar daripada naungan BAM, Chong Wei berkata, beliau menunggu perkembangan terakhir isu peletakan jawatan Misbun sebelum membuat keputusan.

"Saya mahu mengetahui keputusan penuh sebelum saya betul-betul membuat keputusan sama ada menarik diri atau terus di bawah persatuan itu,” katanya.

Mengenai persediaannya untuk kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan, Chong Wei berkata, beliau akan meneruskan cabaran dengan bimbingan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

"Latihan saya akan bermula esok (hari ini) dan saya akan membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan dan mahu memberikan fokus untuk bertemu jaguh China, Lin Dan di separuh akhir nanti,” katanya.

Kelmarin, Chong Wei membuka tirai kejayaannya tahun ini dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir selepas menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade pada perlawanan akhir.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top