Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

2 Nahas pesawat Iran Air: 77 terbunuh

Tuesday, January 11, 2011

PUTUS TIGA...keadaan pesawat Boeing 727 milik Iran Air selepas terhempas dan terbenam dalam salji di pinggir bandar Orumiyeh, semalam.

TEHERAN: Iran memulakan siasatan terhadap kemalangan pesawat penumpang negara itu yang terhempas dan membunuh 77 orang serta mencederakan ramai yang lain, semalam.
 

Pesawat Boeing 727 Iran Air itu terhempas kira-kira jam 7.45 malam (12.15 pagi semalam waktu Malaysia) berhampiran bandar Orumiyeh ketika salji tebal dan berkabus.

Media Iran melaporkan, pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Mehrabad.

Menurut televisyen Iran, daripada 105 penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu, 77 terbunuh dan berpuluh lagi cedera.

Pesawat itu dikatakan usang dan mula digunakan di Iran sejak 1974.

Rakaman televisyen menunjukkan, pesawat malang itu putus tiga dan terbenam dalam salji, manakala sesetengah mayat ditutup dengan selimut tidak jauh dari situ.

Pegawai Bulan Sabit Merah Iran berkata, kemalangan itu mungkin menjadi lebih buruk jika berlaku kebakaran.

“Ketika kemalangan, ada 94 penumpang di dalamnya bersama 11 anak kapal,” lapor agensi berita ISNA.

Sementara itu, Ketua Panel Krisis Kementerian Pengangkutan Iran, Ahmad Majidi, berkata seorang daripada penumpang yang hilang dan dipercayai terbunuh, ditemui selamat beberapa jam kemudian.

“Mangsa tercampak ke luar dan lambat ditemui, tetapi dia kemudian dikejarkan ke hospital di Orumiyeh,” katanya.

Bagaimanapun, setakat malam tadi, seorang lagi penumpang belum ditemui.

Kata Ahmad, kemalangan itu berpunca daripada cuaca buruk.

“Berdasarkan saksi, juruterbang gagal mendarat di lapangan terbang Orumiyeh kerana faktor cuaca dan berpatah balik ke Teheran.

“Namun, atas sebab yang tidak diketahui pesawat itu terhempas lapan kilometer dari lapangan terbang,” katanya.

ISNA melaporkan, pesawat terpakai itu diterima Iran Air pada 1974. - AFP




Related Posts by Categories



2 komen

Grow Taller said...

oo..patut pun..pesawat yg lama, satu lagi sbb cuaca buruk..mak aih..boleh pulak guna pesawat yang lama..

January 11, 2011 at 9:45 AM
- - myazara - - said...

aah..cuaca pun kurang baik sekarang..kasihan mereka..

January 18, 2011 at 7:30 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top