Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Malang nasib Arab Saudi

Friday, January 14, 2011


BAHA' Abdelrahman (kanan) meraikan golnya bersama rakan sepasukan selepas Jordan menewaskan Arab Saudi, malam tadi.

Juara tiga kali Piala Asia itu tersingkir di tangan Jordan

DOHA: Juara tiga kali Piala Asia, Arab Saudi tersingkir daripada kejohanan edisi kali ini selepas tewas mengejut 0-1 kepada Jordan dalam saingan Kumpulan B, malam tadi. 


Arab Saudi yang memecat jurulatih, Jose Peseiro ekoran kekalahan kepada Syria pada perlawanan pertama dan menggantikannya dengan Nasser al-Johar untuk kali kelima beliau mengemudi pasukan itu, gagal mencipta kemenangan pasukannya. 

Meskipun menguasai perlawanan pada separuh masa, Arab Saudi dikejutkan dan ketinggalan pada minit ke-42 apabila penjaga gol, Waleed Abdullah gagal menghalang bola hantaran silang Baha’ Abdelrahman dari kiri yang melepasi jangkauannya untuk terus menerjah penjuru gol.

Pemain gantian, Nassir Alshamrani mempunyai peluang menyamakan kedudukan bagi Arab Saudi pada minit ke-76 apabila berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan penalti tetapi penjaga gol Jordan, Amer Shafi pantas keluar menampan sepakannya.

Sementara itu, Yousef Ahmed menjaringkan dua gol membantu Qatar kembali bernafas lega selepas menewaskan China 2-0, awal pagi semalam buat mencerahkan peluang tuan rumah itu mara ke pusingan kalah mati.

Ahmed menyumbat gol pembukaan pada minit ke-27 dan menambah gol kedua pada masa kecederaan babak pertama buat mengecewakan lawan yang sebelum ini gah menewaskan Kuwait dalam perlawanan pertama Kumpulan A.

“Kami menunjukkan keupayaan sebenar pasukan Qatar dalam perlawanan itu,” kata jurulatih Qatar, Bruno Metsu. “Saya sangat bangga dengan prestasi mantap mereka, dan kami akan cuba melakukan aksi yang sama menentang Kuwait dan mara ke suku akhir.” - AP





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top