Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Khusrin angkat sumpah sebagai SUK Selangor baru

Friday, January 07, 2011

MOHAMAD Khusrin mengangkat sumpah taat setia di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Datuk Mohamad Khusrin Munawi mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini semalam.

Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menentang pelantikan Mohamad Khusrin.

Abdul Khalid yang mempertikaikan pelantikan SUK baru itu kerana beliau tidak dirundingi kelihatan bersalaman dengan Mohamad Khusrin, 54, sebelum upacara dimulakan. Bagaimanapun, bahasa badannya menunjukkan beliau tidak senang dengan majlis itu.

Ketika berucap pada upacara itu, Sultan Sharafuddin menyatakan kekesalan terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan banyak titah baginda termasuk dalam isu pelantikan Mohamad Khusrin.

"Beta menyeru dan menasihatkan supaya janganlah tiap-tiap perkara itu dipolitikkan kerana ia akan membebankan rakyat dan melambatkan proses kemajuan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top