Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kesuburan di Singapura terus menurun

Tuesday, January 18, 2011

Sebahagian bandar utama di Singapura


SINGAPURA:  Kadar kesuburan di Singapura dilaporkan terus merosot dengan lebih rendah pada 2010, bermakna kerajaan perlu membawa pekerja asing bagi menyokong pertumbuhan ekonomi berikutan penduduknya yang semakin tua.

Kadar kesuburan penduduk atau bilangan bayi yang dilahirkan bagi setiap wanita setahun merosot kepada 1.16 tahun lalu, berbanding rekod terendah sebelumnya iaitu 1.22 pada 2009, kata Timbalan Perdana Menteri, Wong Kan Seng.

Kadar terbabit adalah di bawah kadar 2.1 bayi yang diperlukan bagi penduduk untuk penambahan penduduk secara semula jadi. 

“Punca utama halangan kita untuk mencapai populasi yang bertahan adalah kerana kelemahan kadar kesuburan tempatan,” kata Wong yang juga memantau sebuah badan berkaitan dengan dasar penduduk.

“Selama lebih 30 tahun, kita tidak mempunyai bayi yang cukup untuk menggantikan diri kita sendiri,” katanya dalam satu ucapan di sebuah forum anjuran Institut Kajian Dasar.

Ketika kerajaan berikrar untuk memberikan kepentingan utama kepada penduduk Singapura, negara itu perlu terus mengambil pekerja asing, kata timbalan perdana menteri berkenaan.

Katanya, kerajaan akan terus menggalakkan pasangan untuk menghasilkan lebih ramai anak tetapi mengakui bahawa untuk meningkatkan kadar kesuburan akan mengambil masa.

“Bagi masa depan, kita perlu bergantung kepada imigran untuk menambahkan penduduk,” katanya. – AFP




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top