Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ilmu agama akan beransur-ansur hilang

Sunday, January 16, 2011

Alim ulama terkenal

Arus zaman berubah mengikut masa.  Semakin hari semakin banyak teknologi baru yang bersaing dan menonjolkan diri di serata dunia.  Tetapi bagaimana pula warisan ilmu agama yang dimiliki oleh para ulama?  Adakah semakin hari semakin ramai ulama dilahirkan di dunia ini bagi mengajar dan menyampaikan ilmu yang lebih berharga dan kekal sebagai saham di akhirat kelak daripada kecanggihan sistem atau teknologi yang hangat dipromosikan kini?  Tahukah anda, bilakah ilmu agama akan beransur-ansur hilang di muka bumi ini?  Mengapa?

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata:  

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.  Tetapi, Allah SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama.  

Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.  Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.  Mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.

Hadis Riwayat Muslim






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top