Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Hati-hati lalu Jalan Gua Musang-Kuala Berang: Polis

Wednesday, January 05, 2011

Jalan Gua Musang - Gambar hiasan

GUA MUSANG:  Polis mengingatkan pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Berang, Terengganu, supaya lebih berhati-hati berikutan terdapat banyak kerosakan teruk termasuk lubang besar di laluan berkenaan yang terdedah kepada bahaya kemalangan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata kawasan yang paling teruk berlaku kerosakan adalah di Kilometer 47 dari Kuala Berang ke Gua Musang.

"Kerosakan juga turut berlaku di jalan kawasan Rancangan Tanah FELDA Aring yang memerlukan pengguna lebih berwaspada terutama waktu malam. 

"Musim tengkujuh sekarang antara faktor berlaku kerosakan jalan dan kita telah meninjau di sepanjang jalan itu dengan mengenalpasti lokasi bahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke laluan itu hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya membabitkan jalan utama di Hulu Kelantan sudah berkurangan sepanjang tahun lalu berikutan sikap pengguna yang lebih berhati-hati. - BERNAMA 



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top