Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Chong Wei mara ke separuh akhir

Saturday, January 08, 2011


JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei melangkah ke separuh akhir apabila menjuarai peringkat Kumpulan A dalam Kejohanan Final Siri Super Masters di Taiwan, semalam.

Menerusi rekod pertemuan sebelum ini, pemain nombor satu dunia itu yang pernah memenangi 10 daripada 12 pertemuan, dijangka tidak menghadapi masalah untuk menewaskan pemain Thailand, Boonsak Ponsana yang diletakkan selaku pilihan ke-3/4 dalam pusingan separuh akhir hari ini.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam, Chong Wei, 28, dengan mudah menumpaskan Peter Gade dari Denmark 21-14, 21-12 dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 29 minit. 

Gade yang menduduki tempat kedua Kumpulan A, dijadualkan bertemu juara Kumpulan B, Chen Long dari China yang diletakkan sebagai pemain pilihan kedua kejohanan, dalam satu lagi pertandingan separuh akhir.

Satu lagi wakil negara dalam acara beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang tewas dalam dua perlawanan Kumpulan A, menarik diri dalam perlawanan ketiga bagi memberikan kemenangan percuma kepada Fu Haifeng-Cai Yun sekali gus memberikan pasangan China itu menjuarai peringkat kumpulan. 
 




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top